2020年11月8日日曜日

VIRAL " Menjelang PKPB Di Daerah Kuching 09 November Rakyat Bersyukur Keperluan Dapur Mencukupi ""



KUCHING : Atas dasar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu mesti mendapat kelulusan pergerakan dari PDRM yang akan dilaksanakan di Daerah Kuching selama 14 hari mulai 09 November 2020 hingga 22 November 2020, makluman dari Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.


Uggah yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri 1, Sarawak memaklumkan keputusan itu diambil selepas menilai situasi dengan mengambil kira bilangan kes jangkitan tempatan keseluruhan yang direkodkan di Daerah Kuching iaitu sebanyak 151 kes dalam tempoh 14 hari yang lalu.


" Oleh yang demikian, pergerakan rentas daerah dalam negeri dibenarkan kecuali keluar dan juga masuk ke Daerah Kuching. Prosedur operasi Standard (SOP) akan bermula tengah malam 08 November ataupun awal pagi 09 November 2020.


" Pergerakan rentas negeri terutama dari Semenanjugn Malaysia, Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan tidak dibenarkan sama sekali kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada sidang media harian COVID - 19.


Selain itu, untuk pergerakan antara daerah dalam Negeri Sarawak, ianya dibenarkan kecuali keluar dan juga masuk ke Daerah Kuching dengan kelulusan PDRM.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-menjelang-pkpb-di-daerah-kuching.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...