2021年4月18日日曜日

VIRAL - Kematian Jururawat Kesan Sampingan Vaksin COVID-19 Tidak Benar



PUTRAJAYA:

Ketua Pengarah Kesihatan (KKM), Malaysia iaitu Dr Noor Hisham Bin Abdullah mengesahkan bahawa kematian seorang jururawat Hoospital Pulau Pinang yang sedang hangat diviralkan di media sosial selepas kononnya jatuh sakit sejak disuntik dengan vaksin COVID-19, adalah tidak kena mengena dengan vaksin COVID-19 seperti yang tular di media sosial.


Beliau turut memaklumkan hasil siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa punca sebenar kematian jururawat tersebut di Sungai Petani, Kedah adalah disebabkan dan berpunca daripada serangan jantung.


" Jelasnya lagi daripada siasatan punca kematian adalah bukan disebabkan oleh kesan sampingan vaksin."


Wanita (jururawat) yang berumur 45 tahun itu, yang berkhidmat di unit rawatan rapi neonatal, ditemui meninggal dunia oleh suaminya di rumah mereka di Bandar Sri Astana. Beliau turut ditemui dan mempunyai rekod penyakit darah tinggi seperti yang dilaporkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.


Hisham turut memaklumkan bahawa sehingga kini belum ada lagi kes penerima vaksin COVID-19 yang meninggal dunia akibat kesan sampingan penyuntikan vaksin tersebut.


" Jika ada pun hanya kesan sampingan ringan seperti demam, tubuh menggigil selepas menerima suntikan vaksin, " jelas beliau.


>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<
 
 
 
 

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<