2021年5月13日木曜日

Kluster Sungai Tengah Bau Membimbangkan : COVID-19 Sarawak



TIGA KLUSTER BAHARU DI SARAWAK & EMPAT KLUSTER TAMAT

 

KUCHING, SARAWAK: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) 02 Mei 2021 telah mengisytiharkan tiga kluster iaitu Kluster Sungai Tengah di Bau, Kluster Sungai Sebemban di Bintulu dan Kluster Sebujok di Sri Aman, Sarawak.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan, Kluster Sungai Tengah, Bau merupakan kluster komuniti yang melibatkan sebuah kampung di Sungai Tengah, Jalan Matang, Daerah Bau.

 

Mengulas lanjut mengenai kejadian kes tersebut, kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-27,630 merupkan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 55 tahun dari kampung tersebut yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 24 April 2021 di Hospital Bau.

 

Kes indeks ini merupakan seorang suri rumah telah menghadiri majlis sembayang untuk saudara yang meninggal dunia di kampung tersebut daripada 19 hingga 21 April 2021.

 

" Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada upacara pengebumian dan seterusnya telah merebak kepada ahli keluarga dan juga komuniti setempat di Kampung Sungai Tengah tersebut.

 

" Hasil siasatan dan juga saringan pengesanan secara aktif ke atas kontak rapat dan juga kontak kasual kepada kes indeks ini serta survelan Influenza Like Illness (ILI), terdapat pertambahan 22 kes melibatkan kluster ini.

 

" Manakala, sejumlah 175 individu yang disaring dengan 23 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 110 kes dikesan negatif dan 42 kes masih menunggu keputusan ujian makmal, " katanya dalam kenyataan.

 

JPBNS turut memaklumkan, semua kes yang didapati positif dirujuk dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching dan juga Bau bagi tujuan pengasingan dan juga menerima rawatan lanjut.

 

" Kampung ini juga telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengawal dan juga mengekang penularan wabak jangkitan,"ujarnya.

 

Bagi kluster Sungai Sebemban di Daerah Bintulu, kata JPBNS ia merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu.

 

Kes indeks kepada kluster ini iaitu kes ke-28,019 merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 68 tahun yang dikesan melalui saringan pra-perubatan di Bintulu pada 25 April 2021 selepas dirujuk oleh sebuah klinik kesihatan swasta di Bintulu kerana mengalami lemah seluruh badan dan tiada selera makan.

 

" Hasil siasatan lanjut dan juga pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepada kes indeks dan juga saringan bersasar di rumah panjang tersebut, terdapat pertambahan 20 kes positif COVID-19 melibatkan kluster ini.

 

" Manakala, sejumlah 59 individu yang telah disaring dengan 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk indeks kes, 32 dikesan negatif dan enam (6) kes lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

 

" Semua kes yang didapati positif dimasukkan ke Hospital Bintulu dan PKRC di Daerah Bintulu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," katanya.

 

Ujar Jawatankuasa itu lagi, rumah panjang itu diletakkan di bawah PKPD bagi mengawal dan mengekang perebakan jangkitan.

 

Manakala Kluster Sebujok, Sri Aman pula, kata JPBNS merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua buah rumah panjang di Sebujok dan Kaong Ili Skrang, Engkelili, Sri Aman.

 

Kes indeks kepada kluster ini iaitu kes ke-26,750 merupakan seorang wanita warga tempatan (Sarawak) yang berumur 62 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Betong pada 23 April 2021.

 

Hasil siasatan lanjut dan pengesanan kes secara aktif melibatkan ahli keluarga serta kontak kasual kepaa kes indeks dan juga saringan bersasar di kedua-dua rumah panjang tersebut, terdapat pertambahan 14 kes positif COVID-19 melibatkan kluster ini.

 

" Manakala sejumlah 163 individu disaring di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 21 kes dikesan negatif dan 127 kes masih menunggu keputusan ujian makmal, " katanya.

 

Sementara tiga kes lagi, katanya, dirujuk ke Hospital Umum Sarawak dan 12 kes positif yang lain dirujuk dan dimasukkan ke PKRC di Daerah Sri Aman dan Daerah Betong bagi tujuan pengasingan dna juga rawatan lanjut.

 

Kontak rapat kepada kes-kes positif tersebut juga dimasukkan ke pusat kuarantin untuk tujuan pengasingan dan saringan ulangan bagi mengawal dan mengekang perebakan jangkitan," ujar JPBNS lagi.

 

>>>LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/sikap-pentingkan-diri-punca-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kerajaan-gagal-dan-umum-pkp-30-di.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/sambutan-pesta-keramaian-aktiviti.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/pelajar-sekolah-punca-utama-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kejayaan-sarawak-tanggani-kes-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-terus-meningkat-sarawak-tidak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/positif-covid-19-kes-meningkat-netizen.html 

 


@ Jackie San

 

 

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kluster-sungai-tengah-bau-membimbangkan.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA TSURUMARU CASTLE RUINS (GOROMON GATE)鹿児島(鶴丸)城跡・御楼門)

   https://youtu.be/wk8QifEz4ek?si=nApzoSeFQoPIbh3T >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<