2021年8月31日火曜日

DEMAM BABI AFRIKA DI LIMBANG, KAPIT DAN MIRI SARAWAK

" Tiga Lokasi Perkembangan Terkini Yang Membimbangkan Kawasan Kawalan Demam Babi Afrika di Sarawak  "

 


KUCHING, 30 OGOS 2021 (ISNIN) : Bahagian Miri, Kapit dan Limbang Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) akibat daripada penularan virus berkenaan di Sabah dan juga Utara Kalimantan di Negara Indonesia iaitu kejiranan Negeri Sarawak.

 

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Dr Adrian Susin Ambud memaklumkan, di bawah Seksyen 35 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, orang awam tidak dibenarkan untuk memindahkan ataupun membawa babi hidup, daging mahupun produk hasil haiwan (babi) untuk keluar dari kawasan kawalan seperti yang berlaku sekarang.

 

"  Orang awam juga tidak dibenarkan untuk membawa masuk, menjual secara dalam talian atau sebarang aktiviti untuk mengirim secara pos sebarang daging babi ataupun hasil produknya tanpa permit sah, membeli ataupun menjual (secara fizikal ataupun dalam talian) atau menyimpan babi hutan dan juga babi hutan liar," katanya dalam satu kenyataan pada 30 Ogos 2021.

 

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa tiada pampasan akan dibayar sebagai ganti rugi untuk sebarang babi ataupun hasil produk babi yang dirampas ataupun dimusnahkan di bawah seksyen ini dan kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi RM 1,000.

 

Katanya lagi, sekiranya terdapat sebarang keganjilan ataupun kelainan dalam kadar kematian ternakan di ladang ternakan, para penternak harus terus melaporkan perkara ini kepada Pejabat Veterinar Bahagian terdekat ataupun boleh menghubungi talian WhatsApp 016-2840918.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/negara-brunei-tetapkan-pematuhan-sop.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/justifikasi-situasi-semasa-jangkitan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/jangan-terlalu-leka-dengan-pandemik.html 

 


@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/demam-babi-afrika-di-limbang-kapit-dan.html

    返信削除

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....