Tuesday, 24 May 2022

PEGUAM HERET KERAJAAN KE MAHKAMAH BERKAITAN ISU HAKIM NAZLAN YANG DISIASAT SPRM

PEGUAM HERET KERAJAAN KE MAHKAMAH BERKAITAN ISU HAKIM NAZLAN YANG DISIASAT SPRM

 


KUALA LUMPUR : Dua (2) peguam dan seorang lagi aktivis telah memfailkan saman bagi menentukan kepentingan isu Perlembagaan berhubung pengasingan kuasa dan juga kebebasan badan kehakiman negara.


Tindakan itu dilakukan susulan siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Nazlan Mohd Ghazali.


Plaintif Nur Ain Mustapa, Sreekant Pillai dan Haris Ibrahim telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, tengahari pada 06 Mei 2022 (Jumaat), dan telah menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, SPRM dan juga Kerajaan Malaysia sebagai defendan.


Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan seperti berikut:


1- Badan siasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada melakukan siasatan terhadap hakim sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan) kecuali mereka digantung tugas seperti termaktub mengikut Perlembagaan Persekutuan;


2- Pendakwa Raya tidak diberikan kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim sedang berkhidmat di mahkamah atasan.


3- Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa siasatan dilakukan SPRM terhadap Nazlan tidak berperlembagaan.


Dalam penyataan peguam cara mereka, Tetuan Malik Imtiaz Sarwar, ketiga-tiganya turut memfailkan permohonan untuk merujuk dua (2) soalan Perlembagaan berhubung relif yang dipohon ke Mahkamah Persekutuan.


Plaintif mengambil pendirian siasatan dilakukan itu melanggar cabang eksekutif berhubung kebebasan badan kehakiman dan juga pengasingan kuasa.


" Perkara ini sangat penting kerana memberi kesan kepada semua orang di negara ini. Perlembagaan Persekutuan menjamin setiap seorang mendapat akses kepada keadilan ditadbir badan kehakiman yang bebas daripada segala bentuk campur tangan," kata mereka.


Menurut Nur Ain, Sreekant dan Haris, Perlembagaan menjamin kesaksamaan mengikut lunas undang-undang dan undang-undang memberi perlindungan yang sama.


" Bukan pandangan kami bahawa hakim adalah kebal daripada siasatan jenayah atau pendakwaan.


" Seperti juga kita semua, mereka perlu dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana jenayah yang mungkin dilakukan," kata mereka.


Bagaimanapun, mereka percaya kuasa siasatan dan memulakan prosiding jenayah mesti diseimbangkan demi memastikan keyakinan orang awam kepada badan kehakiman.


Plaintif turut berkata, Perlembagaan memperuntukkan mekanisme bagi menjamin kebertanggungjawaban hakim menerusi kaedah yang tidak merendahkan keyakinan orang awam.


" Kami percaya kuasa siasatan SPRM mesti dibaca sebagai subjek dalam mekanisme Perlembagaan."


Plaintif berkata, Putrajaya dan peguam negara kekal berdiam diri berhubung tindakan dibuat SPRM bahawa agensi itu berhak membuat siasatan terhadap Nazlan.


" Kelihatan, mereka memang bersetuju dengan pandangan SPRM.


" Badan kehakiman dibiarkan tanpa sebarang tindakan, kerana tidak berada pada kedudukan untuk turun ke arena dan mendapat pengisytiharan atas kehendaknya sendiri," katanya.


Minggu sebelumnya, SPRM menolak kritikan berhubungnya siasatan terhadap Nazlan, sambil mempertahankan kuasanya menyiasat mana-mana pegawai awam, termasuk juga hakim.


Dua minggu sebelum kes demikian, Nazlan telah membuat laporan polis mengenai laporan yang diterbitkan blogger Raja Petra Kamaruddin, yang mendakwa hakim itu disiasat berhubung wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.


Nazlan adalah hakim yang menyabitkan kesalahan dan juga menjatuhkan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, berhubung dana RM 42 juta milik SRC Intertanional, pada 28 Juali 202o.


Pada Disember 2021 pula, Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan sabitan terhadap Najib. Rayuan terhadap sabitannya sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/netizen-kecam-jabatan-kerja-raya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/varian-omicron-xe-tular-di-thailand.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pati-cuba-bolos-pos-sempadan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kejam-tentera-russia-musnahkan-habis.html 



@ Jackie San

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/sapp-want-sabah-government-to-set-up.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/10-gombak-electorates-sued-azmin-now.html

    ReplyDelete

Featured post

Malam Kemuncak Kelab Sukan Pertanian Cawangan Lawas, Bahagian Limbang 2022

   https://youtu.be/0wp-A0ea5kc >>> BANYAK LAGI VIDEO MENARIK DI SINI <<<