2022年4月29日金曜日

PATI CUBA BOLOS POS SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND DITAHAN

PATI CUBA BOLOS POS SEMPADAN MALAYSIA - THAILAND DITAHAN

 


TANAH MERAH, KELANTAN :Cubaan empat (4) wanita iaitu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang juga warga tempatan Thailand sanggup membayar upah kepada tekong dengan nilai RM 1,700 seorang bertujuan membawa mereka pulang ke negara asal tidak kesampaian apabila ditahan pihak berkuasa di sekatan jalan raya (SJR) Layang Pepuyu pada 07 April 2022 (Khamis).


Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superitendan Azhari Nusi memaklumkan, pada jam 0914 pagi, anggota PGA7 dan PGA8 yang sedang bertugas menahan sebuah Proton Exora dalam keadaan yang mencurigakan.


Beliau turut memaklumkan bahawa anggota turut membuat pemeriksaan ke atas pemandu yang juga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 37 tahun yang membawa penumpang iaitu empat (4) wanita dan dipercayai PATI warga Negara Jiran iaitu Thailand yang berumur di antara 29 hingga 38 tahun.


" Pemeriksaan lanjut turut mendapati semua penumpang gagal untuk mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai cuba untuk masuk ke negara asal mereka melalui pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok.


" Hasil siasatan juga mendapati, kesemua PATI itu dibawa dari Pulau Pinang dan juga Selangor. Mereka telah membayar wang yang agak tinggi kepada pemandu yang juga bertindak sebagai ' Transporter '.


" Lelaki serta empat (4) PATI berkernaan ditahan manakala kereta yang dinaikki dirampas bagi tujuan selanjutnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah, Kelantan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada 08 April 2022 (Jumaat).


Azhari turut memaklumkan bahawa, semasa kejadian sekatan jalan raya tersebut, turut dirampas bersama adalah enam (6) telefon bimbit serta wang tunai bernilai RM 4,643.


" Kesemua suspek turut menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan anggota serta pegawai yang bertugas.


" PGA terus mengetatkan kawalan di sempadan melalui Op Wawasan Kelantan terutamanya bagi mengekang kemasukan PATI melalui jalan sungai di Sempadan Malaysia dan Thailang," jelas Azhari.

 

>>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/ciq-merapok-sempadan-sipitang-negeri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/kenali-4-sempadan-ke-daerah-lawas.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/01/perjalanan-darat-limbang-transit-pos.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-warga-tempatan-suspek-utama-kes.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-kehidupan-seharian-rakyat-sabah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-isu-sempadan-dikatakan-palsu.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/kebenaran-rentas-negeri-bagi-keluarga.html 



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kedai-emas-disebu-sempena-aidilfitri.html?sc=1652213187970#c6177039380646212825

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<