2022年5月21日土曜日

RAJA PECUT MALAYSIA AZEEM TERSINGKIR AWAL SUKAN SEA VIETNAM 2022

RAJA PECUT MALAYSIA AZEEM TERSINGKIR AWAL SUKAN SEA VIETNAM 2022

 


HANOI, VIETNAM : Pelari pecut muda Negara Malaysia iaitu Muhammad Azeem Fahmi berjanji dan semestinya bertekad untuk melupakan segera insiden yang menimpa beliau atas kegagalan acara saringan 100 meter (m) di Sukan SEA Vietnam, dan sekali gus berjanji dengan nekad untuk bangkit semula di Temasya sama Tahun 2022 di Kemboja nanti.


Selain itu, pelari berusia 18 tahun itu juga memaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam saringan 100 meter (m) pada 18 Mei 2022 (Rabu) biarlah menjadi pengajaran kepada beliau dan tidak mengganggu persiapannya untuk menggegar 2023 Sukan SEA di Kemboja kelak.

 

" Saya sememangnya boleh tidur lena selepas kejadian itu, cuma benda ini sudah terjadi. Biarlah ia menjadi pengajaran dan juga pengalaman indah serta ikhtibar buat diri saya, " seperti kenyataan Azeem kelmarin.

 

Selain itu, Azeen yang turut membantu kuartet 4x100 meter (m) lelaki yang meraih pinggat perak dan turut memecahkan rekod kebangsaan, mengakuit sempat untuk melihat aksi final 100 meter (m) walaupun ketika itu dia berada dlaam keadaan kekecewaan.

 

" Saya sebenarnya berada dalam keadaan terbaik dan jika ada rezeki, mampu untuk bersaing di kedudukan tiga teratas jelasnya sekiranya berjaya melayakkan dirinya ke saingan akhir acara 100 meter (m) Sukan SEA Vietnam.

 

" Bagaimanapun, belum ada rezeki. Selepas ini di Kemboja Tahun 2023, saya akan pastikan semangat dan kekentalan selepas kegagalan untuk meneruskan acara saringan temasya Sukan SEA Vietnam bagi acara 100 meter (m) lebur sama sekali maka, saya akan kembali semula kerana masih ada ruang dan masa untuk saya melupakan dan memperbaikinya," kata pelari yang terkenal dengan gelaran ' Usain Bolt Malaysia ' itu.

 

Dalam pada itu, Azeem berazam untuk memperbaiki teknik lariannya selepas mengakui banyak lagi kejohanan besar akan ditempuhnya termasuk Kejohanan Remaja Dunia dan saingan 4x100 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham.

 

" Semua itu akan membantu dan membolehkan ssaya untuk melakukan persiapan dan turut mematangkan saya, cuma kali ini memang tiada ada rezeki buat diri saya," tambahnya lagi.

 

Pada acara akhir 100 meter (m) tersebut, pelari Thailand yang baru berusia 16 tahun, Puripol Boonsoon ditabalkan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu apabila mencatat masa 10.44 saat bagi memenangi pingat emas kedua peribadinya pada Sukan SEA kali ini di Vietnam.

 

Perak menjadi seorang lagi pelari Thailand, Soraoat Dapbang dan gangsa diraih oleh pelari Marc Brian Louis dari Negara Singapura.

 

Manakala, atlet negara, Muhammad Arsyad Md. Saad terpaksa berpuas hati menamatkan larian pada tempat ke-6 selepas mengalami kecederaan selepas membantu kuartet 4x100 negara meraih pinggat perak serta memecahkan rekod kebangsaan.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html 

https://www.jacknjillscute.com/2018/08/pingat-emas-ahmad-amsyar-azman-hari.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-skuad-keirin-negara-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/indonesia-berpesta-singkirkan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/ecuador-kehilangan-pelari-pecut-akibat.html 

 



@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/skuad-badminton-malaysia-jangan.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...