2022年6月29日水曜日

ANAK LELAKI GABENOR INDONESIA MATI LEMAS KETIKA BERENANG

ANAK LELAKI GABENOR INDONESIA MATI LEMAS KETIKA BERENANG

 


JAKARTA, INDONESIA :Polis Negara Switzerland mengumumkan mengenai penemuan mayat yang disahkan sebagai mayat anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, yang dilaporkan dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei 2022.


Mayat Emmeril Khan Mumtadz, 22 tahun, telah ditemui dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada jam 0650 pagi bertarikh 08 Jun 2022 (Selasa).

 

Hasil bedah siasat telah mengesahkan bahawa identiti dan punca kematiannya adalah akibat lemas, seperti yang dilaporkan oleh Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman D Hadad dalam satu sidang media secara langsung.

 

Emmeril dipercayai dihanyutkan oleh arus sungai secara tiba-tiba ketika aktiviti berenang pada waktu pagi di Sungai Aare, manakala kakaknya dan rakan-rakannya telah diselamatkan oleh perenang lain.

 

Mayat Emmeril ditemui oleh pihak berkuasa pada hari ke-12 usaha mencari dan menyelamat beliau. Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/datuk-vida-diminta-mati-cepat-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wanita-india-dirogol-dibunuh-dibakar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/lima-rentung-dan-pemandu-treler-didakwa.html 

 


@ Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kagoshima City Aquarium & Interesting About Dolphin Performance

   https://youtu.be/DdQNaf-gYQw?si=NMbNfkpaWKnGhLej >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<