2022年7月28日木曜日

DARURAT DI SRI LANKA

DARURAT DI SRI LANKA

 

@ Jackie San

COLOMBO : Pemangku Presiden Sri Lanka, Ranil WIckremesinghe mengisytiharkan darurat di negara itu, menurus satu notis yang dikeluarkan kerajaan pada 17 Julai 2022 (Ahad), ketika pentadbirannya berusaha untuk meredakan kekacauan sosial dan juga menangani krisis ekonomi yang mencengkam negara pulau itu.

 

" Ia adalah wajar untuk dilakukan, demi kepentingan keselamatan awam, perlindungan ketenteraman awam dan juga penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan yang penting untuk kehidupan masyarakat," katanya kepada pemberita.

 

Presiden Sri Lanka yang digulingkan iaitu Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri ke luar negara pada awal Julai 2022, untuk melarikan diri daripada pemberontakan rakyat terhadap kerajaannya, berkata beliau mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengelak krisis ekonomi yang melanda negara pulau itu.

 

Peletakan jawatan Gotabaya Rajapaksa diterima Parlimen Jumaat, 15 Julai 2022.

 

Beliau terbang ke Negara Maldives dan kemudian ke Negara Singapura selepas ratusan ribu penunjuk perasaan antikerajaan keluar ke jalan raya Colombo seminggu dan telah menduduki kediaman rasmi dan juga pejabatnya.

 

Parlimen Sri Lanka bermesyuarat bagi memulakan proses memilih presiden yang baharu, dan penghantaran bahan api tiba untuk memberikan sedikit kelegaan kepada negara yang dilanda krisis.

 

WIckremesinghe, sekutu Rajapaksa, adalah salah seorang pencabar utama untuk mengambil alih jawatan presiden sepenuh masa tetapi penunjuk perasaan juga mahu beliau berundur, yang membawa kepada prospek pergolakan lanjut sekiranya beliau dipilih kelak.


>>>BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/anak-lelaki-gabenor-indonesia-mati.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html 



@ Jackie San


2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/darurat-di-sri-lanka.html?sc=1658966505093#c571770087293489256

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<