2022年7月15日金曜日

KHIANAT BAKAR 34 MOTOSIKAL - BUKIT JALIL KUALA LUMPUR

KHIANAT BAKAR 34 MOTOSIKAL - BUKIT JALIL KUALA LUMPUR

 


KUALA LUMPUR, MALAYSIA : Angkara khianat dan sanggup bakar 34 buah motosikal yang telah musnah di Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, awal pagi 06 Julai 2022 (Rabu).

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan jam 0221 pagi daripada seorang wanita mendakwa berlakunya kebakaran motosikal.

 

" Balai Bomba dan Penyelamat Sri Rampai Bomba dikejarkan ke lokasi serta kebakaran berjaya dipadamkan.

 

" Pemeriksaan mendapati terdapat 34 buah motosikal terbabit dalam kebakaran kerana kedudukan kenderaan terlalu rapat antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Bagaimanapun, beliau turut memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan mengenai punca kejadian masih dalam siasatan polis.

 

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana terdapat unsur-unser khianat dalam kejadian tersebut.

 

" Usaha diteruskan untuk mengesan suspek yang melakukan perbuatan keji tersebut," katanya.

 

 >>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html 

 


@ Jackie San 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/tanaman-kantan-penyeri-kesedapan.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mesyuarat-mkt-umno-tiada-keperluan-bagi.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...