2022年7月31日日曜日

TUNTUTAN KE ATAS SULU & MEDIA DILARANG CAMPUR TANGAN

TUNTUTAN KE ATAS SULU & MEDIA DILARANG CAMPUR TANGAN

 

@Jackie San

KUALA LUMPUR: Petugas media telah diarahkan tidak membuat sebarang liputan terhadap taklimat tertutup untuk Ahli Parlimen di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, berhubungnya tuntutan waris Kesultanan Sulu kerana terikat Akta Rahsia Rasmi (OSA).

 

Seorang pegawai kerajaan yang enggan dinamakan memberi amaran supaya pemberita di lokasi itu tidak menghampiri Ahli Parlimen dengna soalan mengenai taklimat berkenaan, selain menegaskan tiada sidang media akan diadakan, pada 21 Julai 2022 (Khamis).

 

Menurutnya lagi, isi kandungan taklimat itu termaktub mengikut OSA, malah senarai Ahli Parlimen yang menghadiri juga tidak akan dimaklumkan kepada media kelak.

 

Ahli Parlimen yang dilihat memasukki premis itu termasuk Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Teresa Kok (Seputeh), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Azis Jamman (Sepanggar), Teo Nie Ching (Kulai), Shafie Apdal (Semporna) dan Sim Tze Tzin (Bayan Baru).

 

Turut dilihat pada masa itu adalah Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Luar Saifuddin Abdullah.

 

Seorang pembantu Ahli Parlimen memaklumkan FMT, mereka turut tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dalam sesi taklimat itu.

Ahli Parlimen dilihat meninggalkan telefon bimbit di kaunter pendaftaran.

 

Terdahulu, pada 21 Julai 2022 (Khamis), Teo telah mendedahkan Ahli Parlimen menerima jemputan untuk taklimat tertutup berkaitan isu itu di Hotel Seri Pacific.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Saifuddin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dijangka memberikan taklimat tersebut.

 

Teo mengkritik taklimat berkenaan kerana menganggap kerajaan perlu menjawab soalan berhubungnya tuntutan waris Kesultanan Sulu di Dewan Rakyat dan bukannya dalam sesi tertutup sedemikian.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/curahan-air-panas-mengelegak-ke-badan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/iraq-hadapi-gelombang-baharu-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mesyuarat-mkt-umno-tiada-keperluan-bagi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/khianat-bakar-34-motosikal-bukit-jalil.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyertaan-sweden-finland-dalam-nato.html 

 


@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...