2022年8月7日日曜日

SKUAD MEMANAH NEGARA KECUNDANG LAGI !

SKUAD MEMANAH NEGARA PULANG DENGAN KEPUTUSAN MEMALUKAN

@Jackie San


UBON RATCHATHANI, THAILAND:' Panahan ' skuad memanah negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 ' Kecundang & Tersasar Jauh ' apabila hanya berjaya merangkul empat (4) pingat emas pada temasya di Thailand itu.


Lima (5) pingat emas yang dijanjikan dan menjadi sasaran. Namun hanya empat (4) sahaja yang berjaya dihadiahkan daripada 10 final yang disertai skuad negara pada aksi di Stadium PAO itu.


Tiga (3) daripada menerusi acara recurve pada sebelah pagi dan satu menerusi compound pada aksi berlangsung sebelah petangnya.


Emas pertama dihadiahkan dalam acara recurve berpasukan wanita yang dibarisi Syaqiera Mashayikh, Nuramalia Hanessha Mazlan dan Nur Afisa Abdul Halil yang menumbangkan trio dari Thailand, Tundon Amornratanabongkod Tundon, Tapaneeya Silawong dan Natthakan Jantima menerusi keputusan 6-2.


Gandingan Ahmad Afiq-Syaqiera memastikan emas kedua (2) dalam acara recurve berpasukan dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli menumbangkan mudah Prastyadi Alviyanto Bagas untuk emas recurve individu lelaki dengan keputusan menang mudah 6-2.


Namun, trio berpasukan lelaki yang dianggotai oleh Ahmad Afiq, Zarif dan Muhammad Farhan Hakim A Rhyme dimalukan oleh trio tuan rumah Thailand, Phontakorn Chaisilp dan Hahn Maximilian Soithong Aitthiwat menerusi keputusan 4-5.


Syaqiera yang pernah beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2022 dan disasarkan menyumbang pingat emas buat negara juga terlepas mudah apabila dikecewakan dengan mudah oleh pemanah dari Indonesia, Octavia Rezza bagi acara recurve individu wanita menerusi keputusan 5-6.


Bagi aksi compound, pingat emas dihadiahkan oleh trio dibarisi Iman Aisyah Norazam, Kayalvhily dan Nuraqilah Khairul yang mengecewakan wakil tuan rumah Thailand, Nichaphat Bunyapalin, Kodchaporn Pratumsuwan serta Kamonchanok Naengnoi 229-227 untuk emas acara compound berpasukan wanita negara kita.


Namun begitu, empat (4) acara seterusnya menyaksikan skuad negara dikecewakan mudah apabila ditumbangkan oleh tangan lawan masing-masing.


Skuad negara tumbang dalam acara recurve berpasukan lelaki, campuran, individu lelaki dan individu wanita.


Secara keseluruhan, skuad memanah negara pulang dan tidak mencapai sasaran lima (5) pingat emas seperti yang dijanjikan.


Hanya sekadar empat pingat emas, lima pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi recurve.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2021/10/ecuador-kehilangan-pelari-pecut-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/skuad-harimau-malaya-raikan-kemenangan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/beregu-wanita-badminton-negara-masih.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/lee-zii-jia-memalukan-malaysia-sebagai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/nur-izzuddin-dan-goh-sze-fei-dikalahkan.html 



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<