Monday, 5 September 2022

ARTIS CILIK BERSAMA BAPA TONTON VIDEO LUCAH

ARTIS CILIK BERSAMA BAPA TONTON VIDEO LUCAH

 

@Jackie San

PUTRAJAYA : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia untuk memanggil seorang artis cilik yang mendakwa kononnya beliau bersama bapanya menonton video lucah.


Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun bagaimanapun berkata, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima pihaknya dan beliau juga baru mengetahui berita ini menerusi laporan media yang sedang hangat.

 

" Jika benar perkara ini, kita akan memanggil artis cilik dan juga bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Banteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-Kanak pada 04 September 2022 (Ahad) yang julung kalinya diadakan anjuran oleh Kementerian berkenaan.

 

Pada program itu, beliau memperkenalkan logo pokok kaktus dalam pasu sebagai lambang kerajaan dan juga komuniti bersama-sama menanggani isu seksual kanak-kanak melalui media sosial.

 

Pelbagai acara dan juga program diadakan dan bakal diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran dan juga kefahaman masyarakat mengenai risiko bahaya eksploitasi seks menerusi laman siber.

 

Mengulas lanjut perkara tersebut, Rina memaklumkan, pihaknya mengakui kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksual berdasarkan statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2022.

 

Katanya lagi, menurut rekod JKM, sebanyak 67 peratus daripada 1,055 kes penderaan kanak-kanak direkodkan dari awal Januari 2022 sehingga Jun 2022 adalah dari kalangan perempuan.

 

Sementara itu juga, Rina turut memaklumkan, kerajaan turut mengesan rakyat negara ini yang semakin suka berkongsi laman sesawang yang berkaitan bahan pornografi membabitkan golongan kanak-kanak.

 

Beliau turut memetik maklumat daripada pihak polis sendiri menunjukkan sejumlah 106,764 alamat protokol internet (IP) berdaftar di Malaysia membuat perkongsian pornografi mengenai kanak-kanak.

 

" Angka dari tahun 2017 sehingga Ogos 2022 lepas telah menggambarkan perkembangan tidak sihat terutama kelompok kanak-kanak yang dianggap rentan," jelas Rina.

 

Selain itu, Rina turut menambah, trend penyalahgunaan media sosial atas talian untuk jenayah seksual kanak-kanak juga dilihat semakin melonjak terutama perkongsian dan juga capaian bahan pornografi.

 

>>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL HEBAT DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/tujuh-pertuduhan-pecah-amanah-dan-najib.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/pandalela-mengecewakan-seluruh-rakyat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/semakin-berani-menghina-agama-islam-ibu.html 

 

 


@ Jackie San



4 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/06/suara-hati-istri-14-year-old-girl.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/01/why-foreign-born-children-in-japan.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/same-sex-marriage-in-cuba.html

    ReplyDelete
  4. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/why-muscular-men-are-gay.html

    ReplyDelete

Featured post

Kemalangan Terok Di Petra Jaya Kuching 09 Jun 2022

   https://youtu.be/Hk0pbUPfJlM >>>BANYAK LAGI VIDEO DI SINI<<<