Monday, 17 October 2022

LANJUTAN INSENTIF DAN POTONGAN CUKAI BAJET 2023

LANJUTAN INSENTIF DAN POTONGAN CUKAI 

BAJET 2023

 

@Jackie San

Rakyat Malaysia dan pemastautin tetap berusia 18 tahun ke atas akan diberikan nombor pengenalan cukai (TIN) secara automatik dan penggunaanya diwajibkan bagi semua penyeteman dokumen serta surat cara seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.


Beliau berkata, ini adalah antara inisiatif kerajaan dalam memastikan sumber hasil yang mampan bagi membiayai perbelanjaan negara menerusi pentadbiran cukai yang lebih cekap dan bijak.

 

TIN mula dibentangkan dalam Bajet 2020 dan ia sepatutnya dilaksanakan pada Januari Tahun 2021, namun ianya ditangguhkan ke Tahun Januari 2022.

 

Berdasarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), TIN ialah nombor cukai pendapatan seperti mana rekod sedia ada dalam agensi itu dan pembayar cukai yang sudah mempunyai nombor cukai pendapatan sebelum 1 Januari 2022 akan ditafsir sebagai TIN bagi individu itu.

 

Menurut Zafrul, inisiatif seterusnya ialah pelaksanaan e-invois oleh LHDN secara berperingkat bermula tahun 2023 nanti dengan pembangunan sistem dan juga projek rintis bersama pembayar cukai.

 

Dalam pada itu juga, Zafrul mengumumkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM50,000 hingga RM100,000 dikurangkan dua mata peratusan, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

 

Ini bermakna, kadar cukai pendapatan bagi banjaran pendapatan lebih RM50,000 hingga RM70,000 diturunkan kepada 11% berbanding 13% manakala bankaran lebih RM70,000 hingga RM100,000 pula diturunkan kepada 19% berbanding 21% sebelum ini.

 

Menurut Zafrul lagi, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 pula akan digabungkan dengan banjaran pendapatan lebih RM400,000 hingga RM600,000 menjadikan kadar cukai kepada 25%.

 

Menerusi langkah sedemikian, kerajaan menjangkakan penjimatan cukai kumpulan pertengahan (M40) sehingga RM1,000 manakala golongan pendapatan tinggi (T2) adalah sehingga RM250.

 

" Dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan rakyat," katanya.

 

Zafrul berkata, dalam usaha menggalakakan lebih ramai wanita kembali bekerja, kerajaan bercadang mengecualikan cukai pendapatan terhadap pendapatan yang diterima bermula tahun taksiran 2023 hingga 2028.

 

Pelepasan cukai sehingga RM3,000 yang dilanjutkan sehingga tahun 2024 pula akan diberikan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska dan tadika yang berdaftar.

 

Dari aspek membina simpanan hari tua, kerajaan juga akan meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela KWSP sehingga RM3,000.

 

" Ini bagi menggalakkan lagi caruman sukarela KWSP," katanya sambil menambah had caruman sukarela yang telah dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.

 

Bagi pemilik teksi individu, kerajaan bersetuju untuk memberikan pengecualian duti eksais dan juga cukai jualan bagi penjualan, pindah milik atau pelupusan teksi diperluaskan kepada teksi yang mana ia turut diperluaskan kepada teksi eksekutif dan juga teksi di lapangan terbang.

 

Beralih kepada perusahaan mikro, kecil dan juga sederhana (PMKS), Zafrul berkata, kadar cukai ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan kepada 15% daripada 17% mulai tahun taksiran 2023.

 

Untuk sektor pelancongan, kerajaan mencadangkan agar potongan cukai khas kepada hotel yang memberikan produk kraftangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000 manakala pengecualian cukai kepada pengendali pelancongan yang membawa 200 pelancong asing setahun atau sekurang-kurangnya 400 pelancong tempatan.

 

Menurut Zafrul, individu yang memberi sumbangan kepada tabung akaun amanah bagi rawatan penyakit jarang jumpa turut akan diberikan potongan cukai bersamaan nilai sumbangan.

 

Berhubung sektor pertanian pula, Zafrul memaklumkan bahawa tempoh galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan akan dilanjutkan sehingga akhir 2025 dengan skop galakan juga diperluas supaya turut merangkumi projek pertanian moden berasaskan Pertanian Persekitaran Terkawal.

 

Syarikat yang berasaskan teknologi pula akan menerima potongan cukai yang mana ia akan meliputi kos penyenaraian di pasaran utama Bursa Malaysia.

 

Dalam pada itu, Zafrul turut berkata, galakkan cukai turut dilanjutkan bagi pembangunan harta intelek untuk syarikat teknologi tempatan, menggalakkan lebih ramai pelabur menyumbang kepada pendanaan modal, dan menarik syarikat aeroangkasa baru.

 

Selain itu juga, katanya, pengilang peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) diberi pengecualian cukai pendapatan 100% ke atas pendapatan berkanun bermula tahun 2023 hinga 2032 dan elaun cukap pelaburan sebanyak 100%.

 

Potongan cukai juga akan diberikan kepada penggiat industri yang mencipta kandungan kreatif berkualiti tinggi dan juga pihak yang menyumbang kepada NGO yang terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

 

>>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/rakyat-limbang-dan-lawas-semakin.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-isu-sempadan-dikatakan-palsu.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-tun-m-yakin-menang-besar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kenapa-kita-perlu-isytihar-harta.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html 

 


@Jackie San



4 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/09/artis-cilik-bersama-bapa-tonton-video.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/09/singapore-swimming-stars-schooling-and.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/bekas-pegawai-tertinggi-tentera-akan.html

    ReplyDelete
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/semakin-berani-menghina-agama-islam-ibu.html

    ReplyDelete

Featured post

KM TEMPAT MENGUNDI ENGGAN TANDATANGAN BORANG 14 PH DI SEGAMBUT

KM TEMPAT MENGUNDI ENGGAN TANDATANGAN BORANG 14 PH DI SEGAMBUT @Jackie San PETALING JAYA, SELANGOR: Calon Pakatan Harapan, Hannah Yeoh menda...