2025年10月1日水曜日

SAKSI DEDAH WUJUD GENG ' CIRCLE 19 ' DIANGGOTAI 19 PELAJAR SEKOLAH AGAMA SABAH - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

SAKSI DEDAH WUJUD GENG ' CIRCLE 19 ' DIANGGOTAI 19 PELAJAR SEKOLAH AGAMA SABAH - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA 

@Jr_Paku Midin Channel

KOTA KINABALU - Saksi ke-13 yang merupakan kanak-kanak kelima mendedahkan kepada Mahkamah Koroner dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, bahawa terdapat geng 'Circle 19' yang dianggotai 19 pelajar.


Peguam Shahlan Jufri berkata, keterangan dalam inkues yang memasuki hari ke-15 mendengar keterangan saksi kanak-kanak seterusnya iaitu yang keempat dan kelima.


"Saksi menceritakan tentang geng Circle 19 yang dipanggil sedemikian kerana mempunyai 19 orang anggota kumpulan. Kumpulan 19 pelajar ini semuanya satu tingkatan dan berkawan rapat sejak dari awal. Saksi adalah sebahagian dari Circle 19.


"Kami tanya sama ada dia tahu mengenai geng Circle 19 ini. Dia kata, dia tahu. Bila kami tanya siapa anggota dalam geng Circle 19 ini, dia beritahu satu-satu nama dan jumlahnya 19 orang. Timbulnya geng Circle 19 ni adalah kawan-kawan rapat. Mereka adalah pelajar tetapi memang kawan-kawan rapat," katanya.


Shahlan yang juga salah seorang daripada pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini, pada Jumaat.


Katanya lagi, dalam keterangan saksi tersebut juga menceritakan bagaimana seorang pelajar menyuruh Zara Qairina duduk di lantai, sebelum dia ditanya mengenai isu kehilangan dompet.


"Saksi berkata bahawa seorang pelajar telah menuduh Zara mengambil dompet dia, dan Zara berkata bukan dia yang buat. Zara disuruh bersumpah dan Zara bersumpah dengan nama ALLAH dan berkata 'Wallahi'. Para pelajar meminta Zara balik ke bilik dia tetapi dia masih kekal duduk saja di lantai.


"Selepas itu, seorang pelajar lain datang ke dalam bilik menyoal dengan nada marah tentang barangan peribadi pin bendera yang ditemui di dalam beg Zara, sambil menjerit perkataan 'bodoh, sial'.


"Pelajar tersebut tanya kenapa pin benderanya di dalam beg Zara, tetapi Zara diam. Ada pelajar lain juga tanya mengenai lencana bendera kepada Zara dan Zara berkata ’tidak, bukan dia’. Pelajar yang marah itu keluar memanggil beberapa pelajar lain," katanya.


Shahlan berkata, dalam kenyataan saksi, beberapa pelajar terus menyoal Zara Qairina kenapa pin bendera seorang pelajar ada di dalam begnya dan adakah dia mengambilnya.


"Zara tetap berkata bukan dia yang ambil. Saksi juga berkata, ada pelajar melihat surat berlipat bersama beberapa pelajar semasa berdekatan dengan Zara yang masih duduk atas lantai sambil menundukkan kepalanya. Saksi berkata dia tidak masuk campur," katanya.


Shahlan berkata lagi, saksi kemudian mendapat tahu terdapat seorang pelajar terjatuh dari bangunan asrama dan mengenali pakaian yang dipakai oleh Zara pada malam sebelumnya.


"Saksi juga menegaskan bahawa sebelum kejadian, arwah Zara merupakan seorang yang ceria, peramah, dan tidak menunjukkan tanda-tanda masalah mental atau tekanan emosi," katanya.


Shahlan turut disertai oleh rakan peguam lain iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser Elhanan James manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-kes-zara-qairinia-plot-twist.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/after-zara-qairina-was-found-bleeding.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-inkues-kematian-zara-qairina.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html




@Jr_Paku Midin Channel

Featured post

SAKSI DEDAH WUJUD GENG ' CIRCLE 19 ' DIANGGOTAI 19 PELAJAR SEKOLAH AGAMA SABAH - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

SAKSI DEDAH WUJUD GENG ' CIRCLE 19 ' DIANGGOTAI 19 PELAJAR SEKOLAH AGAMA SABAH - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA  @Jr_Paku Midin Channe...