2019年5月29日水曜日

9 Perkara Menarik Beraya Di Kuching Sarawak

Perkara Menarik Beraya Di Kuching Sarawak


Kurang seminggu saja lagi jika diizinkan Allah S.W.T. maka dapatlah kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah. Sebagai bekas penuntut dalam negeri dan juga luar negeri ni, saya amat teruja selepas menamatkan pengajian saya dan Tahun ini merupakan tahun pertama untuk beraya di kampung halaman (Kuching, Sarawak). Tetapi sambutan mungkin tidaklah semeriah sebelum ini kerana perasaan sedih di atas kehilangan Mama awal tahun ini. Namun hidup ini harus diteruskan walaupun yatim piatu.

Coretan kali ini saya kongsikan kepada seluruh dunia betapa indahnya dan menjadi kelaziman tatkala menyambut Perayaan yang dinanti-nantikan oleh semua yang berugama Islam iaitu selepas sebulan berpuasa maka Tibalah Aidilfitri yang mesti disambut.


Sebelum mencoret cerita lebih lanjut, pengalaman anak rantau mungkin dapat dikongsikan di sini perbezaan menyambut Aidilfitri di luar berbanding di Pengalaman menyambutnya di negeri Bumi Kenyalang ni.


Pengalaman Di Luar Negeri Sarawak :
(Menu Utama Juadah Aidilfitri)

a). Soto

b). Lemang

c). Kuih Bahulu

d). Mee / Bihun Goreng

e). Rendang Daging/Ayam

f). Laksa

g). Nasi Impit

h). Kuah Sate

i). Sate

j). Biskut Raya


Jika Beraya di Sarawak :
(Menu Utama Juadah Aidilfitri)


a). Lemang dan Ketupat
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Trend di masyarakat Sarawak akan menyajikan menu ini sebagai hidangan ruji di saat menyambut Aidilfitri. Bahkan ada juga masyarakat di bahagian-bahagian lain di negeri ini menyajikan 'Kelupis' sebagai penganti ketupat/lemang terutamanya yang berada di Bahagian Limbang/Miri dan juga Bintulu (Utara Negeri Sarawak).

Untuk pengetahuan semua, bagi menu 'Kelupis' ianya bukan sahaja menjadi menu utama bagi perayaan Aidilfitri bahkan ianya menjadi menu utama kepada masyarakat yang bukan beragama Islam. Malah masyarakat berbangsa Iban (Gawai Dayak), Cina dan juga Krismas akan menyajikan menu makanan ini sebagai makanan generasi untuk dimakan bersama ataupun dihidangkan kepada pengunjung.



b). Kek Lapis Sarawak
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hari Raya Aidilfitri memang terkenal dengan warna-warni nya. Jika di Sarawak nak lihat apa ertinya warna warni Aidilfitri maka berkunjunglah ke rumah-rumah masyarakat Bumi Kenyalang ini. Pasti anda akan terpegun melihat warna warni dipamerkan melalui hidangan 'Kek Lapis'. 
Masyarakat Bumi Kenyalang memang terkenal dengan kemahiran pembuatan Kek Lapis yang enak sekali. Bahkan jika dilihat sebesar-besar saiz meja di ruang tamu akan dihidangkanlah jugak sepenuh-penuh meja akan disusunkan pelbagai warna warni kek lapis yang sedap itu.

Dahulunya mungkin kita masih ingat nama kek lapis Sarawak yang amat popular iaitu Kek Lapis Ati Parek, Kek lapis Holiday Inn, Kek Lapis Aidilfitri dan banyak lagi. Pada saya Kek lapis Sarawak memang tiada tandingan keenakkanya. 

Generasi bertukar ganti bahkan nama baru yang diterbitkan juga melalui penghasilan bermain warna dan warni pada Kek lapis menunjukkan generasi masyarakat di Bumi Kenyalang ini masih sayangkan pattern Kak Lapis turun temurun agar ianya tidak dilupakan.

c). Lemang Periuk Kera
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Periuk kera agak sinonim dengan persekitaran semulajadi. Di Bumi Kenyalang, biasanya mudah didapati di kalangan masyarakat Islam Bidayuh. Lemang yang dimasak dengan pulut merah mempunyai citarasa yang tersendiri. Malah penggunaan periuk kera sebagai medium untuk penganti buluh lemang terbaik agar ianya 'periuk kera' pelancong akan tertarik.

d). Air Lemoned
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Jika di luar Negeri  Sarawak kebanyakan yang saya lalui akan menghidangkan air sirap, sunquick ataupun minuman panas sebagai minuman bersama makanan sempena perayaan Aidilfitri.

Tetapi jika di Bumi Kenyalang, tidak sah jika sesebuah rumah yang dikunjungi tidak menghidangkan air Lemoned (air bergas- Cola, Strawberry dll) sebagai minuman utama yang akan dihidangkan.

e). Menziarahi Kubur/Pusara
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selalunya masyarakat di Negeri Sarawak akan berkunjung menziarahi kubur/pusara keluarga sehari / selepas Solat Aidilfitri. Ianya menjadi tradisi masyarakat di Negeri Bumi Kenyalang. Kawasan sekitar permakaman akan penuh sesak. Sanak saudara akan membaca Yassin, berdoa akan kesejahteraan orang-orang tersayang . Bahkan dengan berziarah di kubur, amalan mulia terhasil iaitu akan bertemu rakan taulan yang sama-sama berada di permakaman. Sayu serta senyuman terhasil.

Selain itu, apa yang menariknya di tanah kubur ini akan dilihat ramai kanak - kanak akan gembira mendapat duit raya daripada mereka yang lalu lintas di tanah perkuburan. Ianya menjadi tradisi di sini.

f). Sadak
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Trend masyarakat di Bumi Kenyalang yang paling menarik adalah...'Sadak'.

Semasa takbir dibaca beramai-ramai sambil menanti Khutbah dibacakan, beberapa ahli masjid akan mengikat kain di pinggang dan berjalan beriringan di saf saf jemaah masjid. Maka jemaah masjid/surau akan memberikan derma dengan memasukkan wang ke dalam ikatan kain tersebut. 

g). Bertuntong
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Jika di luar negeri Sarawak, ramai masyarakat akan memasang pelita di kampung serta di sekitar rumah. Pelita yang dimaksudkan adalah pelita dari minyak tanah. 

Tetapi sebutan dan panggilan bagi masyarakat di Bumi Kenyalang adalah 'Bertuntong'.

Hari ini menjadi trend jika tinggal 3 hari untuk menyambut 'Hari Raya Aidilfitri' hadirlah Pesta Bertuntong. Selain itu kini hebat lagi ada kawasan perumahan, kampung atau lorong mengadakan pertandingan 'Bertuntong'.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


h). Baju Melayu Lengkap Bersamping
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Berbaju Melayu Lengkap Bersamping adalah Trend utama di Hari Raya jika di Negeri Sarawak. Sepanjang Bulan Syawal kaum lelaki akan mengenakan Baju Melayu Bersamping untuk berkunjung ke rumah saudara mara, rakan-rakan bahkan ke rumah terbuka. Ianya menjadi kemestian. Tidak sah jika tidak menggunakan pakaian lengkap ini. Boleh lah dikatakan selama 30 Hari Berhari Raya maka, 30 puluh pasanglah Baju Melayu harus digunakan. 

Kelebihan Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan terasa jika kita berkunjung di pusat hiburan, cinema, pusat sukan bowling, malah makan di gerai, MC Donald, KFC dan juga di mana-mana sahaja pasti terpampang senyuman terhadap pemakai Baju Melayu Bersamping lengkap bersongkok..... ia menandakan Aidilfitri Untuk Semua.!!!

Saya berbangga menjadi anak muda Bumi Kenyalang dengan sikap generasi muda yang masih turut sama mengekalkan tabiat ini agar ianya tidak lapuk menjadi kenangan. Saya amat teruja juga apabila rakan taulan yang berbangsa Iban, Cina, India, Bidayuh bahkan dari Negara Nigeria, Iran, Iraq, China, UK dll turut sama berbaju Melayu dan Bersongkok berkunjung ke rumah terbuka Aidilfitri.

Selain itu, kebanyakan yang ditonjolkan dari pemakaian baju melayu Sarawak berbeza dengan baju melayu luar adalah...sulaman Cabut dan jahitan Simo pada Baju Melayu Sarawak amat cantik sekali.
Berbaju Melayu dan Bersamping jika diperhatikan tiada bezanya dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat di Negera Jiran Kita iaitu Brunei Darussalam. Mereka juga mengenakan Baju Melayu Bersamping wajid digunakan sepanjang berkunjung Berhari Raya tidak kira agama apa sekalipun. ...

Alhamdulillah.

i). Bersalaman & Duit Raya

Perkara utama sempena Hari Raya ni adalah bersalaman & duit raya. Pengalaman yang menarik sekali. Anak muda akan dilatih oleh kedua orang tua, atuk nenek ataupun melihat rakan taulan bersalaman, maka ianya akan menjadi trend untuk memberi salam, bersalaman ketika berkunjung di hari lebaran.

Selepas menjamu selera, anak-anak serta yang masih bujang akan diberikan duit raya. Jumlah yang diterima tidaklah bernilai sangat tetapi ikatan silaturrahim serta senyuman manis selepas menerima sampul raya kegembiraan amatlah dirasai.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Apa yang menarik di Bumi Kenyalang

>>>CLICK<<<








@ Jackie San


1 件のコメント:

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<