2020年3月21日土曜日

SAMAN TIDAK GUNA TUTUP MUKA DAN HIDUNG !


COVID - 19 : TAK PERLU PAKAI TOPENG JIKA KAMU SIHAT !

Penumpang memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga gelombang kedua penularan COVID-19 ketika tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sepang.

KUALA LUMPUR:
Tiada keperluan bagi individu sihat untuk menggenakan topeng muka dan hidung di tempat awam berikutan penggunaan alat perlindungan itu sepatutnya hanya perlu digunakan oleh individu yang sakit (batuk, selesema atau sakit tekak). Malah penggunaan (topeng muka) sekiranya tidak sakit boleh menyukarkan diri untuk bernafas.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pakar Penyakit Berjangkit, Datuk Dr Christopher Lee, berkata setiap individu harus memainkan peranan dalam membantu menyimpan bekalan topeng itu untuk kegunaan pekerja kesihatan yang lebih memerlukan dengan hanya membeli topeng muka tersebut itu jika diperlukan sahaja dan bukannya sewenang-wenangnya untuk menggunakan ataupun sebagai trending semata-mata.

"Hanya pakai topeng penutup hidung dan mulut jika anda tidak sihat dan terpaksa keluar ke tempat awam bagi meminimumkan risiko kepada individu lain tetapi jika anda boleh hanya duduk di rumah, itu syukur lebih baik tindakan anda.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Selain itu, saya rasa tiada keperluan untuk orang awam yang sihat untuk menggunakan topeng penutup hidung dan mulut kecuali jika mereka menjaga ahli keluarga yang tidak sihat di rumah.

"Seeloknya bekalan topeng penutup hidung dan mulut itu diperuntukkan kepada pekerja kesihatan yang lebih memerlukan barang tersebut,...bagi mereka yang sihat, cuba jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter di antara satu sama lain atau hindari tempat yang ramai pengunjung/orang," katanya ketika dihubungi BH.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Hingga kini, bekalan topeng muka dan hidung di beberapa buah farmasi di Lembah Klang, Bandaraya Kuching, Miri, malah di seluruh negara telah kehabisan stok bahkan krim pencegah mikroorganisma juga kehabisan stok dipercayai akibat pembelian panik oleh masyarakat kita yang kurang peka dengan permasalahan yang timbul dan akibat penularan COVID-19.

Pada masa yang sama, Dr Christopher yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan) berkata, penjagaan kebersihan tangan adalah lebih penting dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan air dan sabun yang disifatkan lebih baik selain cecair pembasmi kuman.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Basuh tangan dengan air dan sabun adalah keutamaan namun boleh juga menggunakan cecair pembasmi kuman, … selain itu jangan kerap menyentuh muka terutama hidung, mata dan mulut dengan tangan tidak bersih," katanya.

Presiden dan Pengasas Bersama Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris, pula berkata kaedah terbaik yang boleh diamalkan kini ialah penting untuk orang ramai membuat penjarakan social di tempat awam sekurang-kurangnya satu meter dari individu lain termasuk ketika beratur.

Ia adalah salah satu kaedah kesihatan awam untuk mengurangkan kadar penularan sesuatu wabak, sekali gus berupaya mengurangkan beban ke atas system kesihatan negara.

"Selain itu, penggunaan topeng yang sesuai digunakan pesakit ialah jenis topeng pembedahan dan pastikan ia tidak diguna pakai semula dan dibuang di tempat yang tertutup bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

"Orang ramai juga diminta untuk menjaga kebersihan diri kerana ia boleh mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit seperti basuh tangan dengan sabun secara kerap atau setiap kali menyentuh permukaan seperti tombol pintu dan pam minya," katanya.

Orang ramai juga harus mengelak daripada memegang muka kerana tangan yang terdedah kepada virus boleh tersebar ke salur pernafasan sekali gus menyebabkan jangkitan dengan cepat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, berkata isu kekurangan bekalan topeng muka di pasaran seluruh negara, akan dibincang pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Beliau mengakui pembelian panik berikutan kebimbangan orang ramai terhadap COVID-19, telah menjadi punca Utama kekurangan bekalan topeng.

Beliau juga turut mengulas berikutan dakwaan pembeli yang menuduh terdapatnya syarikat peniaga dan pemborong telah menaikkan harga sewenang-wenangnya topeng muka dan hidung malah ada segelintir yang menjual berlipat ganda harga dari harga asal.

Jelasnya, siasatan dilakukan pegawai di KPDNHEP mendapati tiada aktiviti menyorok topeng bertujuan menaikkan harga oleh pemborong dan peniaga barangan berkenaan.

Selain itu, tular di media social Insta dan juga FB (Facebook) jualan harga runtuh katanya bagi penjualan topeng muka dan juga cecair pencegah mikroorganisma.

"Pegawai dan anggota KPDNHEP akan terus melakukan pemeriksaan serta pemantauan, tindakan akan dilakukan jika mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang tersebut.

"Kerajaan sudah mengisytiharkan bahawa topeng muka dan hidung adalah barang terkawal dan tindakan menaikkan harga boleh dikenakan tindakan," katanya.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/03/saman-tidak-guna-tutup-muka-dan-hidung.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...