2020年7月9日木曜日

Kerajaan Bantu Pekerja Yang Dipecat

KERAJAAN SEDIA BANTU PEKERJA YANG DIBERHENTIKAN KERJA

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia komited bagi untuk membantu penempatan semula pekerja yang telah diberhentikan / dipecat kerja susulan daripada impak Wabak Koronavirus COVID-19 yang menimpa negara.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kementeriannya akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu kelangsungan ekonomi dan sara hidup pekerja yang mengalami masalah tersebut.

Di antara inisiatif keprihatinan kerajaan adalah:

a). Memberikan keutamaan dari segi pekerjaan kepada pencari kerja tempatan. Semua kekosongan jawatan bagi pengambilan pekerja asing dan juga pegawai dagang mestilah diiklankan di Portal JobsMalaysia bagi tempoh tidak kurang dari 30 hari di Portal JobsMalaysia. Sekiranya tiada pengisian dari kalangan pencari kerja tempatan dalam tempoh tersebut, barulah majikan dibenarkan untuk membuat permohonan pengambilan pekerja asing dan pegawai dagang;

b). Setiap majikan perlu untuk melaporkan tindakan pemberhentian pekerja kepada Pejabat Tenaga Kerja menerusi penggunaan Borang PK dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pemberhentian kerja, pemberhentian sementara, pemberhentian sukarela dan pengurangan gaji dilaksanakan selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955. Pelaporan ini penting untuk membantu Kementerian ini memantau tindakan pemberhentian oleh majikan serta membantu penempatan semula pekerjaan kepada mereka yang terlibat. Majikan adalah disarankan untuk merujuk kepada Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja bagi memastikan prosedur pemberhentian dilaksanakan berdasarkan ketepatan yang digariskan oleh kerajaan;

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

c). Memberi kelonggaran kepada majikan-majikan yang terkesan dan tidak berkeupayaan untuk meneruskan penggajian pekerja asing untuk memindah atau menukarkan keseluruhan atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain yang mempunyai keperluan tenaga kerja.

d). Mewajibkan majikan untuk mematuhi elemen Foreign Workers First Out (FWFO) selaras dengan peruntukan Seksyen 60N Akta Kerja 1955 dan Code of Conduct for Industrial Harmony. Ini bagi memastikan aspek berkaitan pemberhentian, perkhidmatan pekerja asing mestilah ditamatkan terlebih dahulu bagi menjamin kelangsungan pekerjaan pekerja tempatan;

e). Pendaftaran dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Bencana Kerja, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] dijadikan sebagai syarat wajib dalam pengeluaran dan pembaharuan pas Penggajian pegawai dagang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing.

Namun begitu, ia hanya dibenarkan berlaku dalam sektor pekerjaan yang sama. Permohonan Pertukaran Majikan boleh dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bermula 10 Jun 2020.

Kementerian turut memaklumkan, maklumat lanjut dan dokumen-dokumen berkaitan boleh diperolehi dari laman web jktsm.mohr.gov.my.

"Pengagihan semula pekerja sedia ada (tempatan dan asing adalah merentasi semua sektor. Ini bagi memastikan lebihan pekerja dalam sesuatu sektor akan kekurangan pekerja," katanya.

Dalam memastikan keberkesanan strategi bagi penempatan semula pekerjaan ini, Kementerian Sumber Manusia dan JTKSM turut memohon sokongan semua, kerjasama serta penyaluran maklumat daripada semua pemain dalam pelbagai industri dalam negara khasnya.  Maklumat lanjut berhubung inisiatif-inisiatif kerajaan ini turut boleh diperolehi dengan menghubungi Bilik Gerakan Kementerian Sumber Manusia di talian 03-88865192 / 2409.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/kerajaan-bantu-pekerja-yang-dipecat.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...