2021年6月24日木曜日

MUHYIDDIN YASSIN DERHAKA KEPADA INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU - ZAHID

SILA SAHKAN KERJASAMA DENGAN ANWAR IBRAHIM DALAM PEMILIHAN UMNO, AHLI MT BERITAHU ZAHIR



Seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Kebangsaan menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid Hamidi dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Zahidi Zainul Abidin turut memaklumkan bahawa kerana Presiden Parti dan juga sekutunya masih meneruskan kerjasama dengan Anwar Ibrahim.

 

" Kalau dia ubah keputusan maka, buatlah pemilihan parti yang mana ahli parti mahukan. Jika dia kata dia mahu buat jajaran baru jadi kita buat pemilihan parti. Adakah ahli UMNO bersetuju ataupun tidak dan mahu tukar Presiden ? Jadi itulah jalan yang terbaik buat masa ini," katanya kepada MalaysiaNow.

 

" Sebelum ini dalam Perhimpunan Agung UMNO semua sudah membuat keputusan "NO ANWAR NO DAP" tapi mungkin presiden ini mempunyai pandangan yang berlainan."

 

MalaysiaNOW sebelum ini beberapa kali telah mendedahkan bukti kerjasama antara Zahid, bekas Perdana Menteri Najib Bin Razak dan juga Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Terbaru tersebar di media sosial tentang dakwaan mengatakan yang mana Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris dan juga Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias dari UMNO dipujuk untuk menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

Difahamkan kedua-dua ahli Parlimen ini membuat pengakuan kepada Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan.

 

MalaysiaNow masih cuba untuk mendapatkan pengesahan Mohamad tetapi belum berjaya buat masa ini.

 

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut berkata, apa yang dilakukan Zahid dan juga rakan komplotnya adalah bersikap mementingkan diri sendiri berbanding nasib rakyat yang sedang berjuang melawan Pandemik Wabak COVID-19.

 

" Semua rakyat Malaysia sedang berusaha menentang Wabak COVID-19 sebab ia melibatkan ekonomi negara termasuklah kebajikan rakyat, jadi inilah fokus utama kita jadi kalau presiden tak sensitif keadaan rakayt ketika ini saya tak tahu lah nak kata apa lagi."

 

Semalam juga Zahid dalam menggesa kerajaan membuka Parlimen dalam masa 14 hari seperti dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

 

Katanya sekiranya Parlimen tidak dibuka segera, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia pada masa kini iaitu Muhyiddin Yassin telah menderhaka kepada institusi Raja-Raja Melayu. 

 

Zahid turut berkata satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan diadakan bagi memutamadkan tindakan selanjutnya.

 

Bagaimanapun Perdana Menteri baru-baru ini berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

 

Beliau memberikan komitment dan keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan kelak.

 

" Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk menilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen," katanya.

 

 >>>LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tidak-kisah-jika-disaman-rm-1-juta.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/pkp-penuh-kelantan-esok-21-mei-2021.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/karim-pandalela-belum-layak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/sikap-pentingkan-diri-punca-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/ramai-netizen-mempersoalkan-siapa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kerajaan-gagal-dan-umum-pkp-30-di.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/positif-covid-19-kes-meningkat-netizen.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kompaun-kesalahan-rentas-negeri.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/06/muhyiddin-yassin-derhaka-kepada.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<