Monday, 20 September 2021

KEMATIAN KE-16 COVID-19 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Negara Brunei Darussalam (NBD) pada 11 September 2021 (Sabtu) mencatatkan kes kematian ke-16 akibat wabak COVID-19 yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Kes tersebut merupakan seorang lelaki yang berumur 79 tahun yang merupakan kes 2,864, dan Allahyarham telah mengalami masalah jangkitan pada paru-paru yang amat teruk setelah dijangkiti oleh wabak COVID-19.

 

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham Bin Haji Jaafar mengumumkan perkara tersebut pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini pada petang 11 September 2021 (Sabtu).

 

Sehubungan itu juga, demi menjaga 'confidentiality' dan juga bagi menghormati privasi keluarga mangsa bagi kes berkenaan, Kementerian Kesihatan tidak akan mengongsikan sebarang butiran peribadi Allahyarham kepada umum.

 

Orang ramai juga adalah dipohon untuk sama-sama menghormati dan tidak menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan Allahyarham.

 

Yang Berhormat Menteri Kesihatan mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga kes berkenaan, dan mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat dan juga ditempatkan bersama-sama para solihin.

 

Aamiin.

>>>BACA LEBIH LANJUT DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/brunei-claims-two-lives-of-elderly.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/backlog-samples-tested-positive-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/covid-19-fourth-death-in-three-days-in.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/brunei-darussalam-latest-coronavirus.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/64-new-covid-19-cases-in-bruneis-august.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/after-15-months-brunei-sees-record.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/19-clusters-and-364-cases-from-three.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/17-new-cases-covid-19-and-364-cases-in.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/brunei-240-individuals-tested-for-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/why-vaccines-of-covid-19-arrive-in.html 

 


@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kematian-ke-16-covid-19-negara-brunei.html

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU