2022年5月7日土曜日

5,902 SAMAN DIKELUARKAN PADA OPS SELAMAT - KELANTAN

5,902 SAMAN DIKELUARKAN PADA OPS SELAMAT - KELANTAN

 


RANTAU PANJANG, KELANAN :

Polis Negeri Kelantan telah mengeluarkan 5,902 saman berkaitan kesalahan jalan raya sepanjang Ops Selamat 18 di seluruh negeri ini bermula 27 April 2022 lepas sehinggalah Khamis sebelum Aidilfitri menjelang tiba.

 

Pemangku Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan,  kesalahan melibatkan had laju paling tinggi direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

 

" Gagal mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan juga menggunakan telefon bimbit ketika memandu antara lain-lain kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya, " turut dimaklumkan oleh Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa turun padang bagi melakukan tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang sempena pembukaan sempadan darat Malaysia - Thailand di Negeri Kelantan pada Khamis lepas.

 

Hadir sama pada hari tersebut adalah Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir.

 

Selain itu, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 13 kes yang membabitkan kemalangan maut turut dilaporkan.

 

Beliau turut berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 14 kematian telah dilaporkan dan dicatatkan di Negeri Kelantan.

 

Muhamad Zaki turut berkata, daripada jumlah tersebut lima (5) pemandu kenderaan, lapan (8) penunggang motosikal dan seorang pembonceng.

 

" Berdasarkan laporan, kebanyakan kemalangan berlaku kerana terbabas akibat mengantuk dan juga keletihan ketika memandu," katanya.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pati-cuba-bolos-pos-sempadan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/varian-omicron-xe-tular-di-thailand.html 

 


@ Jackie San 

4 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/warn-of-last-battle-in-mariupol.html?sc=1651852962359#c7733206939212867068

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/warn-of-last-battle-in-mariupol.html?sc=1651853013046#c733257204679245909

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/introduce-new-submarine-soon-and-it.html?sc=1651853029241#c7252342215721699907

    返信削除
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/20-helicopters-are-still-in-service-and.html?sc=1652112542475#c6880191750232399644

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...