2022年5月13日金曜日

AIDILFITRI 2022 BIAR BERHABIS TAK MENGAPA - EPISOD BALAS DENDAM AKIBAT COVID-19

AIDILFITRI 2022 BIAR BERHABIS TAK MENGAPA - EPISOD BALAS DENDAM AKIBAT COVID-19

 


AIDILFITRI 2022: Sambutan Perayaan Aidilfitri pada Tahun 2022 ini memang paling meriah selepas rakyat Malaysia terkurung akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua (2) tahun dan juga sekatan rentas sempadan di seluruh negara akibat penularan wabak COVID-19.

 

Di sekitar ibu kota (Kuala Lumpur), kemeriahan dan tanda-tanda kemeriahan Syawal sudahpun terpancar dua minggu sebelum Sambutan Aidilfitri tiba pada 02 Mei 2022 (Isnin).

 

Minggu lepas, orang ramai melaporkan kesesakan teruk trafik terutamanya di tempat - tempat tumpuan membeli belah seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Shah Alam dan juga Bangi.

 

Ini kerana rakyat seluruh Malaysia terutamanya yang beragama Islam seolah-olah seperti mahu " MEMBALAS DENDAM " berikutan selama dua (2) tahun menyimpan wang dan akibat tidak boleh pulang ke kampung, selain menghadapi masalah pengeluaran KWSP yang disekat rentetan cabaran ekonomi yang melanda mereka.

 

Tinjauan media di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur (Pusat Bandaraya) mendapati orang ramai sanggup membawa anak-anak kecil untuk membeli-belah walaupun sudah lewat malam.

 

Ia juga dilihat sebagai satu rahmat kepada peniaga yang sebelum ini terjejas teruk pendapatan mereka sejak dua (2) tahun kebelakangan ini.

 

Tambahan pula, dengan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Rakyat Seluruh Malaysia menatapi kesyukuran untuk berbelanja habis tatkala musim perayaan menjelma bukan sahaja bagi Umat Islam merayakan Aidilfitri bahkan seluruh kaum turut bergembira berbelanja mengambil peluang sempena promosi hebat pasaran tempatan.

 

Pengurus operasi Lat's Collection, Aziz Muhammad turut memaklumkan, sepanjang PKP jualan baju Melayu ketika musim perayaan merudum sehingga 80% dan juga terpaksa menghentikan separuh dari tenaga pekerja mereka.

 

" Tahun lepas kita berniaga juga tapi tak sekuat tahun ini kerana jualan tertumpu kepada orang Kuala Lumpur dan juga Selangor sahaja. Tetapi berbanding tahun 2022 ini, seluruh Malaysia datang untuk membeli," katanya yang membuka gerai jualan di Jalan Tuanku Abdul Rahman kepada MalaysiaNow.

 

Beliau turut menzahirkan kesyukuran, peningkatan yang berlaku jauh lebih tinggi berbanding tahun lepas di mana jualannya dalam tempoh seminggu puasa tahun ini mengatasi jualan keseluruhan tahun 2021.

 

Bagaimanapun, jualannya masih belum mencapai tahap pra pandemik.

 

" Sebelum tahun 2018, hari Jumaat sahaja kita boleh jual sehingga RM 60,000," katanya.

 

Selain soal membeli-belah, aspek ibadah pada bulan Ramadhan dan juga suasana Hari Raya Aidilfitri turut terkesan dengan kepelbagaian Prosedur Operasi Standard (SOP). 

 

Solat di Masjid contohnya, terpaksa mengambil kira kuota jemaah dan juga buat pertama kali, saf antara makmum dijarakkan sama sekali. Tidak pernah dalam sejarah dunia perkara ini.

 

Selain itu, pada tahun 2020 pula ketika wabak COVID-19 masih mengganas, orang Islam melakukan solat tarawih di rumah dan bukannya di masjid seperti kebiasaan.


Khutbah Hari Raya Aidilfitri juga turut disampaikan oleh Ketua Keluarga atau anak lelaki dalam rumah masing-masing, sekali gus menghilangkan kemeriahan dan juga suasana Aidilfitri.


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini memberikan jaminan tidak akan menutup sempadan bagi membolehkan perjalanan balik kampung selain turut menggesa rakyat untuk meraikan Aidilfitri kali ini, Tahun 2022.


Kemeriahan Syawal Tahun 2022 tidak hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia sahaja.


Beberapa warga Negeri Sarawak Bumi Kenyalang, turut memeriahkan suasana dengan kembali menjadi " Personal Shoper " atau pembeli peribadi dan membeli-belah di Kuala Lumpur apabila perjalanan udara telah dibenarkan.


Nur Atikah yang berasal dari Kota Samarahan, Sarawak menyatakan rasa syukur beliau, pembukaan sempadan memang memberikan peluang kepadanya untuk membantu pelanggannya membeli barangan keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.


Beliau turut memaklumkan kepada MalaysiaNow, beliau turut bersedia untuk membantu pelanggan mendapatkan pelbagai barangan, seperti sofa, katil atau keperluan memasak, dari kedai perabot Sweden, Ikea yang terkenal di dunia di Kuala Lumpur.


" Ramai yang meminta saya untuk membuat perkhidmatan pembelian peribadi sebagai cara yang lebih mudah untuk membeli barangan runcit, barangan rumah, pakaitan,kosmetik dan juga perabot rumah mereka."


Dengan kadar caj perkhidmatan serendah RM 5.00 bagi setiap item, dia juga menguruskan penghantaran pesanan pelanggannya sehingga ke hadapan pintu rumah pelanggan.


" Saya sangat seronok melakukan kerja-kerja dan perkhidmatan seperti ini dan sentiasa menganggapnya sebagai melegakan tekanan.


" Pergi ke kedai juga sudah menjadi masa saya dan pada masa yang sama saya mampu menjana wang saku sendiri," jelasnya.


Sementara itu juga, Aleya dari Miri, Sarawak turut berkata, pembukaan sempadan menyaksikan permintaan untuk menggunakan perkhidmatan peribadi meningkat kepada dua (2) kali ganda.


Dia juga berkata pembeli peribadi juga harus bijak menguruskan tempahan yang mereka terima bagi mengelak kesilapan dna juga memastikan pelanggna berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.


" Saya seorang yang sangat teliti dan akan sentiasa mengambil bahagian dalam tinjauan produk untuk membeli barangan berjenama seperti beg tangan, pakaian, aksesori wanita pada harga yang berpatutan. Saya juga akan memaklumkan diri saya tentang kemas kini terkini produk baru di pasaran antarabangsa dan juga dalam negara.


" Dari situ, ramai rakan meminta saya untuk membantu mereka membeli pelbagai barangan berjenama dengan harga lebih murah. Sebagai pembeli peribadi, kami mesti sentiasa memastikan diri kami dikemaskini tentang promosi dan juga jualan," katanya.


Orang ramai turut mengambil kesempatan untuk pulang bercuti pada musim perayaan kali ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Hotel Malaysia Yap Yip Seng berkata penambahan kadar langganan (occupancy rate)hotel dijangka meningkat pada tanggal Syawal Tahun 2022 ini kepada 40 hingga 45%.


Kadar itu dijangka lebih tinggi di Melaka dan Pantai Timur semasa musim Perayaan Aidilfitri, iaiatu 60-70%.


" Bagaimanapun, industri menjangkakan rakyat Malaysia bercuti di luar negara memandangkan sempadan sudah dibuka pada 01 April 2022."

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pati-cuba-bolos-pos-sempadan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/varian-omicron-xe-tular-di-thailand.html 



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html?sc=1652544754536#c5454522895961678423

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...