2022年5月3日火曜日

KEJAM - TENTERA RUSSIA MUSNAHKAN HABIS DEPOH PELURU DI PANGKALAN UDARA UKRAINE (INTERFAX)

KEJAM - TENTERA RUSSIA MUSNAHKAN HABIS DEPOH PELURU DI PANGKALAN UDARA UKRAINE (INTERFAX)

 


MOSCOW : Tentera Russia dilaporkan memusnahkan depoh peluru di Pangkalan Udara Myrhorod di Tengah-Timur Ukraine pada 10 April 2022 (Ahad), seperti yang dilaporkan oleh agensi pemberita Interfax dengan memetik Kementerian Pertahanan Russia.

 

Berdasarkan maklumat jurucakap Kementerian Pertahanan, Igor Konashenkov, sebuah pesawat pejuang MiG-29 tentera udara Ukraine dan juga sebuah helikopter Mi-8 turut musnah dalam serangan ke atas pangkalan di wilayah Hijrah.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, sebuah depoh peluru besar turut musnah berhampiran bandar Novomoskovsk di Wilayah Dnipro Tengah- Timur.

 

Russia turut mengerahkan puluhan ribu tentera ke Ukraine pada 24 Februari 2022 yang lalu atas operasi khas tentera untuk menyahnazikan dan menjadikan Ukraine sebagai zon bebas tentera.

 

Ukraine pada 10 April 2022, Sabtu, turut mengarahkan orang awam di wilayah timur Luhansk untuk menyelamatkan diri daripada tembakan Russia selepas maklumat rasmi mengesahkan lebih 50 orang awam yang cuba berpindah dengan kereta api dari wilayah jiran terbunuh dalam serangan peluru berpandu.

 

Russia bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan jenayah perang secara kejam dan menyasarkan serangan terhadap Ukraine.

 

Konashenkov turut memaklumkan bahawa, Russia sudah mencecah 85 sasaran tentera di Ukraine, termasuk dua pos komando, tiga pelancar roket, empat senjata artileri gerak sendiri, depoh peluru, dan juga dua depoh logistik.

 

Menurut Gabenor wilayah Poltava, Dmytro Lunin, seperti dimuatkan di media sosial, dua mangsa cedera dan kerosakan besar disebabkan oleh serangan Russia di Myrhorod.

 

Pada 2 April 2022 yang lalu, Lunin turut memaklumkan, serangan udara Russia telah merosakkan landasan lapangan terbang dan juga depoh bahan api berhampiran pangkalan udara itu.

 

Interfax sebelum ini turut memetik kenyataan Konashenkov bahawa sejak 24 Februari 2022 yang lalu, tentera Russia dilaporkan telah memusnahkan 650 pesawat termasuk jet dan juga helikopter dengan lebih 2,000 kereta kebal dan kenderaan berperisai di Ukraine.

 

Menurut anggaran Kementerian Pertahanan Ukraine, 19,100 pegawai Russia telah terbunuh sejak bermulanya pencerobohan terbabit.

 

Selain itu, Russia juga telah kehilangan sebanyak 705 kereta kebal dan juga 1, 895 kapal pengangkut kakitangan berperisai, 151 pesawat dan juga 136 helikopter turut termusnah.

 

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada Khamis, 07 April 2022, Russia turut mengalami kerugian yang ketara di Ukraine.

 

Sehingga 25 Mac 2022 yang lalu, Kementerian Pertahanan Russia turut memaklumkan bahawa, 1,351 tentera Russia terbunuh sejak bermulanya insiden itu dan 3, 825 lagi cedera parah.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/03/please-close-sky-says-refugees.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/blog-post.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/russia-will-emerge-stronger-putin-warns.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/reduce-number-of-flights-to-moscow.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/claims-first-use-of-hypersonic-missile.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pdrm-enggan-terima-laporan-berkaitan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/united-states-philippines-kick-off.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/united-states-philippines-begin-war.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/pemandu-mabuk-mengaku-tidak-bersalah.html 

 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<