2022年6月15日水曜日

AMERIKA SYARIKAT AKAN MENYEKAT NEGARA CHINA JIKA TERUS MENYOKONG NEGARA RUSSIA

AMERIKA SYARIKAT AKAN MENYEKAT NEGARA CHINA JIKA TERUS MENYOKONG NEGARA RUSSIA

 


WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT : China juga akan berdepan tindakan yang dikenakan seperti sekatan yang sama seperti Negara Russia jika negara itu terus memberikan sokongan material terhadap Moscow.


Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Wendy Sherman, memberikan amaran bahawa Negara China bakal berdepan perkara yang sama sekiranya terus menerus membantu Russia yang menceroboh Ukraine buat masa ini sejak Februari 2022.

 

" Pelbagai sekatan dan juga kawalan eksport yang dikoordinasikan antara sekutu dan juga rakan kongsi Amerika Syarikat terhadap Presiden Russia, Vladimir Putin, sepatutnya memberikan China pemahaman dan gambaran yang baik.

 

" Ia sepatutnya memberi Presiden China (Xi Jinping) pemahaman yang jelas mengenai apa yang bakal terjadi sekiranya beliau, menyokong Putin dalams sebarang cara material," katanya kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, Beijing seharusnya mengambil pengajaran yang betul daripada tindak balas yang dikoordinasikan oleh negara Barat bahawa sebarang tindakan untuk mengambil alih pentadbiran demokratik Taiwan secara paksa oleh Negara China tidak akan diterima.

 

" Wendy Sherman turut berkata, China harus sedar akan tindakan sedemikian akan mendapat maklum balas daripada masyarakat antarabangsa, bukan saja di Amerika Syarikat,".

 

China enggan mengutuk tindakan Russia di Ukraine atau menggelarnya pencerobohan serta mengkritik sekatan negara Barat terhadap Moscow.

 

Beijing dan juga Moscow menjalinkan hubungan yang rapat dalam tempoh beberapa tahun, termasuklah mengumumkan perkongsian tanpa had bermula Februari 2022 yang lalu.

 

Wendy turut berkata, Beijing menunjukkan tanda-tanda ' berkonflik ' dengan negara lain mengenai hubungan rapatnya dengan Russia.

 

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sebelum ini juga telah memberikan amaran kepada Jinping dalam satu panggilan video bulan Mac yang lalu, mengenai akibat dan juga kesan sekiranya sokongan material dan juga bantuan ketenteraan diberikan kepada Russia dan menentang sekatan negara Barat.

 

Biden bagaimanapun berkata Negara China mengetahui bahawa masa depan ekonomi mereka terikat kepada Negara Barat dan bukannya terikat kepada Russia.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/04/united-states-philippines-kick-off.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/largest-covid-19-hospital-closed-in.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/carrying-133-people-aeroplane-crashes.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/blog-post_15.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/blog-post.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/taiwan-is-not-ukraine-as-island-raises.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/united-nation-myanmar-expert-reported.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/anti-virus-controls-for-coronavirus.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/china-military-moves-around-taiwan-very.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/saudi-king-sheikh-kalifa-passes-away.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...