2022年8月20日土曜日

JOE Ee GYMNAST TERBAIK MALAYSIA - SUKAN KOMANWEL BIRMINGHAM 2022

JOE Ee GYMNAST TERBAIK MALAYSIA - SUKAN KOMANWEL BIRMINGHAM 2022

 

@Jackie San

 BIRMINGHAM OGOS, 2022: Atlet Gimrama Malaysia, Ng Joe Ee menyatakan dia tidak menyangka sama sekali dapat mengalahkan juara dunia termasuk atlet gimnas negara senior apabila memenangi dan menjuarai dua (2) kategori dua emas yang diraihnya emas berganda pada temasya Sukan Komanwel 2022.


Kegagalan gimnas senior untuk menyumbang pingat melemaskan lagi kontigen skuad gimnas negara sama ada dari kalangan skuad lelaki mahupun skuad wanita.


Joe Ee, 17 tahun, mencipta kejutan apabila meraih pingat kejuaraan untuk kontijen negara menerusi disiplin bola dan riben dalam saingan di Arena Birmingham.


Paling manis, dua (2) pingat itu juga berjaya memenuhi sasaran enam (6) emas yang ditetapkan kontijen negara pada temasya tahun 2022.


Joe Ee mengesahkan bahawa beliau sendiri terkejut kerana berjaya menyingkirkan juara dunia termasuk rakan senegara yang lebih senior apabila berjaya mendapat dua (2) emas kerana ini adalah penampilan pertama beliau di temasya ini.


Joe Ee pada temasya ini juga turut menjadi sandaran kontigen meraih pingat, namun beban memenangi emas diletakkan dibahu Koi Yie San yang beraksi di Gold Coast, Australia empat (4) tahun lalu musnah dengan kejayaan yang memberansangkan oleh Skuad Pelapis Gimnas Negara (Wanita).


Pada saingan tadi, dia memperoleh pingat kejuaraan menerusi disiplin riben selepas mendapat 29.700 mata bagi mengenepikan cabaran Suzanna Shahbazian dari Kanada yang memperoleh 29.050 mata bagi meraih perak.


Gangsa pula dimenangi, Anna Sokolova dari Cyprus yang mendapat 28.800 mata.


Dalam disiplin bola pula dia berjaya mendapat 29.700 mata bagi mengenepikan cabaran tujuh pencabar lain.


Pemenang perak disiplin ini dimenangi Shahbazian dengan kutipan 29.050 mata manakala gangsa milik Sokolova (28.800).


Selain itu, Joe Ee turut juga berkongsi mengenai kejayaannya apabila berjaya meraih dua (2) emas berganda itu selepas dimotivasikan menerusi dua (2) kegagalan awal mereka sebelum itu.


Pada perubatan pingat bagi acara berpasukan, skuad negara hanya mampu menduduki tempat keempat manakala acara all-around, dia ditempat kelima.


" Saya mendapat motivasi untuk bangkit pada dua (2) acara terakhir ini (bola dan riben) selepas kami gagal meraih sebarang pingat acara berpasukan dan juga all-around," jelas Joe Ee yang turut mendapat motivasi daripada keluarganya dalam sukan berkenaan.


Joe Ee turut mendedikasikan kejayaannya itu kepada jurulatihnya, keluarga dan semua rakan sepasukan yang membantu beliau selam ini.


Mengenai perancangan selepas ini, Joe Ee berkata dia mahu mempertahankan pingat emas berganda itu pada temasya akan datang.


Selain Joe Ee, skuad gimrama negara turut meraih satu gangsa menerusi Izzah Amzan dalam acara belantan.


Koi Sie Yan yang membawa tiga perak dan satu gangsa di Gold Coast pulang tangan kosong kali ini selepas hanya layak bersaing acara riben dan berpasukan.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/negara-gagal-membenteras-isu-mat-rempit.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/lee-zii-jia-memalukan-malaysia-sebagai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/nur-izzuddin-dan-goh-sze-fei-dikalahkan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/atas-kebodohan-sendiri-wanita-sanggup.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/akibat-curi-sekadar-milo-maka-seorang.html 



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/bonnie-raih-emas-juara-dunia-pecah.html

    返信削除

Featured post

CONCERNS PERSIST OVER OSAKA EXPO PREPARATIONS 6 MONTHS BEFORE OPENING - OSAKA JAPAN

CONCERNS PERSIST OVER OSAKA EXPO PREPARATIONS 6 MONTHS BEFORE OPENING - OSAKA JAPAN @Jr_Paku Midin Channel OSAKA With Sunday marking six mon...