2019年6月9日日曜日

15 KHASIAT KAYU MANIS UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

KAYU MANIS


Kulit kayu manis merupakan sejenis rempah. Nama sainstifiknya adalah Cinnamomum zeylanicum. Ia berasal dari Sri Lanka tetapi banyak diimport dari Negara China dan juga Indonesia.


KEGUNAAN KAYU MANIS
Kulit kayu manis digunakan untuk tujuan menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa kerja-kerja memasak (merebus). Untuk masakan barat, serbuk kayu manis digunakan untuk tujuan membuat cinnamon roll dan pai epal. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

KEGUNAAN KAYU MANIS DALAM KESIHATAN
Kulit kayu manis ternyata bukan hanya bermanfaat bagi tujuan penyedap/penambah perisa masakan sahaja. Tetapi, kulit kayu manis juga digunakan dalam perubatan terutamanya perubatan traditional. Kelebihan kulit kayu manis adalah ianya mengandungi beberapa zat seperti eugenol, kalsium, asparagin dan juga tinggi lemak. 

Penyakit yang sinonim menggunakan kulit kayu manis adalah:

a. Alzheimer,
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


b. Kanser
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

c. Tumor
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

d. Kardiovaskular
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

e. Influenza
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

f. Diabetes
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

g. Jerawat/Jeragat
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

h. Rematik
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


15 KHASIAT SEMULAJADI KAYU MANIS

# 1 - Jumlah serbuk kayu manis yang lebih banyak mampu memperbaiki penyakit jantung dan mengurangkan risiko penyakit diabetes, kanser dan juga kemerosotan neuro.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


# 2 - Kandungan anti-oksidan di dalam kayu manis dapat mengurangkan kerosakan radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan. 

# 3 - 1/2 sudu teh serbuk kayu manis sehari sudah cukup untuk memberikan kesan positif kepada tahap kandungan gula dalam darah, penghadaman, imun dan banyak lagi. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

# 4 - Bahan-bahan tersebut menjadikan kayu manis rempah terbaik di dunia yang membawa ciri anti-oksidan, anti-radang, anti-diabetes, anti-mikrob, penggalak imun, dan pelindung daripada penyakit jantung dan kanser.

# 5 - 7 jenis sebatian flavonoid di dalam kayu manis yang amat berkesan bagi melawan keradangan berbahaya di dalam tubuh badan. Ia juga dapat melegakan otot yang sakit, tindak balas alergi, dan kesakitan yang berpunca daripada simptom penuaan. 

# 6 - Anti-radangnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser, penurunan fungsi otak dan banyak lagi. 

# 7 - Kayu manis sering juga digunakan bersama-sama dengan madu untuk mendapatkan kulit yang sihat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

# 8 - Ciri-ciri antibiotik dan anti-mikrob kayu manis boleh melindungi kulit seseorang daripada kerengsaan, ruam, dan juag jangkitan pada kulit.

# 9 - Kayu manis boleh mengurangkan risiko-risiko kepada penyakit jantung seperti tinggi kolesterol, trigliserid tinggi, dan jua tekanan darah tinggi.

# 10 - Oleh kerana kayu manis membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, maka ia berupaya untuk mengurangkan masalah jantung atau pun strok.

# 11 - Kayu manis merupakan penggumpal darah yang baik dan juga membantu untuk menghalang pendarahan dengan membantu tubuh membentuk darah beku.

# 12 - Kemampuan sebagai anti-diabetes, kayu manis membantu menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dan memperbaiki sensitiviti terhadap insulin hormon yang penting bagi memastikan keseimbangan tahap gula dalam darah.

# 13 - Kayu manis juga terkenal dalam pelbagai budaya kerana ia secara semulajadi melawan jangkitan dan virus berbahaya terutamanya mampu melawan risiko dijangkiti Virus HIV.

# 14 - Ekstrak kayu manis atau pati kayu manis turut berfungsi untuk melawan bakteria yang berada di dalam mulut yang menyebabkan masalah bau nafas, kerosakan gigi, kaviti dan juga jangkitan di dalam mulut.

# 15 - Khasiat kulit kayu manis yang kurang diketahui adalah berkeupayaan untuk mengawet makanan. Ianya adalah berpunca daripada kandungan anti-oksidannya. Kulit kayu manis boleh menjadi pengawet makanan tanpa keperluan bahan kimia dan juga tiruan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Artikel Jaga Kesihatan Lain Dikongsikan Dalam Blog Ini.
Bacalah Mana Tahu Berguna

Click Link Di Bawah INI !!!
















@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

Things To Do Potterry House And Historical Building

  https://youtu.be/WwwbSdMoevg?si=ZSCKsJqBZo9GTGjC >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<