2018年10月4日木曜日

" 7 Cara Mudah Merawat Senggugut "


SENGGUGUT



Definisi Senggugut (PMS)
Penyakit Senggugut (PMS) adalah merupakan himpunan simptom emosi, fizikal dan psikologi yang berkait dengan kitaran haid bagi seseorang wanita. Kebanyakan wanita yang mencapai umur yang membolehkan mereka mengandung (child bearing age) iaitu sekitar 80% mempunyai sebahagian simptom senggugut (PMS). Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan akan berlaku secara tetap dalam tempoh untuk 14 hari sebelum hadirnya haid. Simptom ini akan mula hilang pada atau selepas aliran haid mula berlaku.

Kehadiran senggugut (PMS) akan menjadi teruk sehinga menyebabkan pengidapnya dianggap lumpuh (Prementstrual dysphoric disorder – PMDD).


Simptom Senggugut (PMS)
Lebih dari 200 simptom berbeza yang telah dikenalpasti. Tiga simptom penyebab terjadinya senggugut (PMS) adalah disebabkan ketegangan, dysphoria (murung) dan keadaan mudah terganggu (irritability). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza-beza di kalangan wanita. Kebanyakan wanita dengan sindrom pre-haid akan mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS. Simptom terlibat adalah ;


a). Kejang, perut

b). Perut kembong

c). Ketegangan atau bimbang (anxiety)

d). Payu dara bengkak atau sensitif

e). Sakit sendi atau otot

f). Insomnia (masalah tidur)

g). Lesu

h). Pening kepala

i). Jerawat / jeragat

j). Hayunan perasaan (Mood swings)

k). Masalah kulit meningkat dan masalah pernafasan (alahan, jangkutan) atau berlakunya gangguan pada mata (gangguan bulbar, conjunctivitis).

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



 Punca Senggugut (PMS)
Senggugut (PMS) sebenarnya tidak difahami sepenuhnya penyebabnya. Sungguhpun begitu PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormone seks adalah dalam lingkungan aras normal. Senggugut cenderung lebih kerang dikalangan individu kembar kemungkinan disebabkan persamaan komponen genetik. Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormone seks terjejas. Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron- neurotransmitter) dalam otak seseorang.

Faktor genetik memainkan peranan keana kadar kejadian adalah 2 kali ganda pada seseorang kembar monozygotic berbanding kembar dizygotic.

Terdapat kajian menunjukkan terdapat 40% wanita dengan simptom senggugut (PMS), mempunyai penurunan jelas pada kajian awalnya. Iaitu dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari persamaan antara kehadiran simptom senggugut dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.

See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Rawatan Senggugut (PMS)

Tips rawatan senggugut yang berkesan:

a). Elakkan Pengambilan Garam Yang Berlebihan
>> Kaedah rawatan senggugut ini mampu untuk mengurangkan radang dan juga bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim yang disebabkan oleh edema kerana pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan air di dalam badan.    

b). Lebihkan Pengambilan Karbohidrat Yang Mengandungi Serat Yang Tinggi
>> Karbohidrat serat tinggi seperti roti jagung dan juga pengambilan oat dipercayai mampu untuk merawat senggugut yang berpunca dari kandungan hormone estrogen yang tingi di dalam darah. Kaedah rawatan senggugut ini dapat merangsang penyingkiran hormone ini daripada badan dan kaedah ini telah disahkan begitu efektif.

c). Elakkan Minuman Beralkohol
>> Minuman beralkohol boleh menambahkan keasidan darah dan juga boleh menyebabkan bengkak dan juga radang pada saluran pembiakan menjadi lebih teruk.

d). Amalkan Pengambilan Vitamin
>> Vitamin B6 seperti yang terdapat banyak di dalam ubi kentang, pisang, ikan dan ayam berupaya untuk melegakan tekanan emosi, kembung perut, sakit pada payu daa dan juga keletihan semasa berlakunya senggugut.

>> Vitamin D dan Vitamin A berupaya untuk mengelak kulit daripada mengalami acne semasa berlakunya senggugut.

>> Vitamin C dapat membantu untuk melegakan simptom-simptom alahan atau elergi yang berlaku semasa senggugut.

>> Kalsium dan Magnesium dapat mengelak pengecutan yang keterlaluan pada dinding rahim semasa senggugut.

>> Vitamin E berupaya untuk melegakan tekanan emosi dan kesakitan pada payu dara semasa senggugut.

e). Elakkan Pengambilan Diet Yang Mengandungi Kandungan Lemak Tak Tepu Yang Tinggi
>> Kaedah rawatan senggugut ini telah disahkan amat berkesan.

>> Pengambilan diet yang tingi lemak tak tepu seperti kambing, produk tenusu dan daging lembu boleh menyebabkan pengecutan rahim menjadi lebih kuat dan ini boleh menyebabkan sakit senggugut akan menjadi lebih teruk.

>> Dalam rawatan untuk mencegah senggugut, adalah dicadangkan agar kaum wanita lebih kerap untuk mengambil diet yang mengandungi kandungan ayam dan juga ikan bagi menggantikan daging. Selain itu dengan pengambilan minyak poli-tak-tepu seperti pengambilan minyak jagung, zaitun dan juga minyak flaxeed.

f). Amalkan Senaman Secara Rutin
>> Kaedah rawatan senggugut ini telah dibuktikan efektif oleh beberapa kajian saintifik dewasa ini. Dengan melakukan senaman secara rutin berupaya untuk menghasilkan sejenis bahan kimia yang menyerupai morfin yang dinamakan endorphin. Endorphin bertindak untuk melegakan sebarang kesakitan dan tekanan emosi yang berlaku semasa diserang penyakit senggugut.

g). Elakkan Pengambilan Minuman Berkafein (Kopi dan Teh), Coklat dan Minuman Berkarbonat
>> Kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa bagi seseorang wanita yang mengamalkan pengambilan minuman teh, kopi, coklat mahupun minuman berkarbonat akan mudah untuk menerima serangan senggugut 7 kali ganda lebih teruk daripada mereka yang mengelak minuman sedemikian rupa. 


See the source image
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Tips kesihatan bagi merawat senggugut (PMS) ini adalah kaedah melegakan cepat penyakit ini. Diharap ianya dapat membantu meringankan bebanan dan kesakitan wanita yang menghadapinya. Sekiranya kesakitan yang berterusan serta kelegaan tidak dirasai maka adalah disarankan agar buatlah pemeriksaan doktor secara berkala untuk mengetahui mengenai perkembangan penyakit senggugut (PMS) dari menyakitkan.

Sekian. Terima kasih di atas pembacaan artikel ini
Sekiranya tuan/puan ada sebarang komen silalah emailskan terus kepada saya ataupun berkongsi tips kesihatan lain: jackjillscute@gmail.com




Tips kesihatan lain yang boleh dibaca serta dikongsikan kepada pembaca lain boleh dibaca dengan Klik pautan di bawah ini.

Silalah CLICK LINK INI >>>

















@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kagoshima City Aquarium & Interesting About Dolphin Performance

   https://youtu.be/DdQNaf-gYQw?si=NMbNfkpaWKnGhLej >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<