2019年6月25日火曜日

5 Cara mudah menyegarkan kulit wajah



Tidak cukup tidur untuk menyiapkan tugasan ataupun terpaksa bersengkang mata menyiapkan slides tugasan pejabat yang menghampiri tarikh akhir, ataupun bagi pelajar yang terlalu asyik bermain games/kegilaan wanita yang asyik menonton Drama Korean adalah salah satu hal yang sering kita lakukan dan menjadi alasan yang paling kerap digunakan apabila berjaga sehingga larut malam. 

Betul tak ???

Disebabkan itulah, halnya yang menyebabkan wajah menjadi kusam dan wajah akan nampak tidak bermaya!!!

Saya telah mempraktikkan beberapa cara mudah untuk mengekalkan wajah yang ceria serta akan tampil segar sentiasa dengan cara yang amat mudah.

Dikongsikan di sini 5 cara mudah bagi mengekalkan kulit wajah anda!!!


# 1 - Elakkan pengambilan garam dalam makanan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Garam yang bersifat sebagai pengikat air yang digunakan dalam aktiviti pemakanan kita seharian boleh menyebabkan kita terdehidrasi. Hal ini boleh menyebabkan wajah kita kelihatan semakin suram. Oleh itu, cuba elakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi dan selang selikan pengambilan garam adalah cara yang terbaik. Kaedah bagi mengelakkan pengambilan garam yang tinggi pada makanan dengan mengantikannya dengan memakan buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang begitu jauh dan tinggi khasiatnya. Sememangnya kita ketahui bahawa pengambilan garam yang tinggi dalam tubuh badan memburukkan kesihatan kita. Pengambilan garam yang berlebihan juga ibarat membuka pintu yang akhirnya meningkatkan risiko badan didatangi penyakit seperti darah tinggi, strok dan sebagainya yang menyerang tubuh badan seseorang kelak. 

# 2 - Gunakan Sudu yang disejukkan untuk menekap mata.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Wajah yang nampak suram dan tidak bermaya biasanya disebabkan oleh lingkaran hitam pada sekitar mata serta disebabkan kehadiran kantung mata yang menyebabkan mata seseorang itu nampak bengkak. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan sudu yang telah disejukkan terlebih dahulu (dalam peti sejuk) dan kemudiannyatekuplah di sekeliling mata bagi menyegarkan mata serta menjadikan kantung mata yang bengkak tadi semakin surut. Insya Allah kaedah atau cara ini dijamin berkesan.


# 3 - Senantiasa mengurut muka terutama waktu pagi dan sebelum tidur.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bangun tidur adalah masa yang amat sesuai untuk membuat urut-urutan pada  wajah kita. Selain itu, waktu yang seterusnya sesuai melakukan massage wajah adalah sebelum masuk tidur. Cara ini membantu peredaran pada wajah muka senantiasa teratur dan juga menyebabkan wajah senantiasa segar dan ceria. Urutan yang lembut pada wajah akan membantu melancarkan peredaran darah pada wajah seseorang dan seterusnya dijamini wajah kelihatan segar sentiasa. Akhiri urutan memutar dan menepuk-nepuk wajah dengan lembut agar ianya kelihatan merah sedikit yang akan menunjukkan perjalanan darah pada muka adalah cara terbaik. 


# 4 - Gunakan Eye Cream.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, penggunaan Ey Cream juga boleh membantu kawasan di sekeliling mata senantiasa lembab. Penggunaan sedikit concealer dan juga eye liner berwarna nude atau peach pada bahagian waterline boleh menyamarkan lingkaran hitam pada wajah mata kamu terutamanya wanita. 


# 5 - Kaedah Mengerakkan Exercise Mata.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Keadaan anak mata yang letih akibat seharian menaip, menghadap laptop/komputer, ataupun terlalu lama menghadap gadjet, eloklah ambil sedikit waktu untuk melakukan sedikit exercise atau senaman pada mata kita. lakukan gerakkan sederhana yang dirasakan boleh lakukan sendirian ini yang mana ianya membuatkan keletihan di mata kita akan dapat dikurangi/diatasi bagi tujuan yang singkat.

Mata yang terlalu lama menghadap komputer/laptop/gadjet haruslah direhatkan dengan melakukan sedikit gerakan untuk mata. Melalui eye exercise ini, mata akan disingkirkan sementara daripada layar digital yang bertujuan mengembalikan kepada daya akomodasi sedia ada.

Caranya adalah:

a. Gosok kedua tangan kamu sehingga terasa hangat. Letakkan telapak tangan kamu yang panas sedikit ke atas kedua kelopak mata.

b. Bagi setiap 30 minit sekali, kedipkan mata kamu sehingga 10 - 20 kali agar kelembapan mata kamu tetap terjaga.

c. Di tengah kesibukan bekerja, ambil sedikit masa untuk kamu pejamkan mata dan kemudiannya putarkan bola mata dalam keadaan mata terpejam. Gerakkan mata ini akan memberikan mata kelihatan segar selepas diurut. Teknik ini seperti juga massage mata.

d. Pilih objek yang tidak bergerak yang terletak di hadapan dan dalam keadaan jauh sedikit dari pandangan mata, kemudian fokuskan dan pandanglah objek tersebut seketika. Lakukan untuk beberapa saat. Cara ini bertujuan untuk mengembalikan pandangan jauh dan juga dekat mata kita.

e. Lakukan latihan dengan memfokuskan objek dalam beberapa saat. Halakan pandangan daripada skrin komputer, kemudiannya fokuskan pandangan ke arah objek yang lain pula dalam kiraan 10 saat. Mulakan daripada objek yang paling dekat di depan mata kita dan secara beransur-ansur mengalihakan pandangan ke objek yang jauh sedikit. Pastikan objek-objek tersebut dalam keadaan pandangan yang selari dengan penglihatan mata di harapan kita.

f. Akhir sekali, gerakkan exercise mata dengan menutup mata seketika. Kemudian lirikkan mata memandang ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan dan seterusnya buka mata sebesar-besarnya.
Kaedah ini dijamin memberikan pandangan yang jauh berbeza dan menyegarkan mata selanjutnya kelak.



Amalkan lah cara ini bagi menjamin kulit wajah senantiasa segar bermaya.

Tips kesihatan dan kecantikkan lain juga terdapat dalam laman blog ini. Hanya click link di bawah ini.

>>>CLICK LINK<<<


@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...