2021年4月18日日曜日

Kejayaan Sarawak Tanggani Kes COVID-19 Dijadikan Contoh Dunia



PETALING JAYA, SELANGOR:

 

Sebanyak 2,551 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu seperti yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

Negeri Bumi Kenyalang, Sarawak menunjukkan peningkatan kes baharu yang tertinggi dan jumlah jangkitan di kedudukan pertama tertinggi iaitu sebanyak 960 kes. Manakala Negeri Selangor di kedudukan kedua tertinggi dengan jumlah kes 590 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (245 kes), Negeri Kelantan (163 kes) dan Negeri Di Bawah Bayu Sabah ( 143 kes ).

 

 Selain itu juga, Negeri Johor Baharu pula merekodkan pertambahan sebanyak 121 kes baharu, diikuti Negeri Pulau Pinang (91 kes), Negeri Sembilan (53 kes), Negeri Perak (49 kes), Negeri Pahang (47 kes), Negeri Kedah (35 kes), Negeri Melaka (28 kes), Negeri Terengganu (16 kes), Wilayah Persekutuan Putrajaya (6 kes), Negeri Perlis (2 kes) dan akhir sekali Wilayah Persekutuan Labuan (1 kes).

 

Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan pada 16 April 2021 (Jumaat), 2,522 adalah disebabkan oleh kes jangkitan tempatan, manakala selebihnya disebabkan dan berpunca dari kes import seperti yang dilaporkan oleh Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada hari tersebut.

 

Selain itu juga, beliau turut memaklumkan bahawa 1,524 kes telah dilaporkan sembuh, dan ianya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 350,563 kes iaitu bersamaan 94.61% daripada jumlah keseluruhan kes di Negara ini.

 

Pada 16 April 2021 (Jumaat) juga turut dilaporkan iaitu terdapat dua (2) kes kematian berkaitan wabak pandemik COVID-19 di seluruh negara hari ini yang berlaku di Negeri Selangor Darul Ehsan dan ianya menjadikan jumlah kematian direkodkan sehingga ke hari ini sebanyak 1,365.

 

Setakat 16 April 2021 (Jumaat) juga, sebanyak 18,600 kes turut dilaporkan masih aktif dengan 227 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 91 kes turut memerlukan bantuan pernafasan.

 

 >>>BACA ARTIKEL PENUH DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/majikan-pukul-pengawal-hampir-mati.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-terus-meningkat-sarawak-tidak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kluster-jalan-badarudin-kuching-sarawak.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/positif-covid-19-kes-meningkat-netizen.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/apakah-punca-kluster-baharu-di-malaysia.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/diskriminasi-sosial-terhadap-positif.html 


@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kejayaan-sarawak-tanggani-kes-covid-19.html

    返信削除

Featured post

KEJAM - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH

VIRAL - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH @Jackie San LAHAD DATU, SABAH (23 MAC 2024): Siasatan polis me...