2021年11月1日月曜日

JKN PERAK : KEMATIAN REMAJA SEHARI LEPAS LENGKAP VAKSIN DALAM SIASATAN

PENYEBAB KEMATIAN REMAJA SEHARI SELEPAS TERIMA DOS VAKSIN LENGKAP MASIH DISIASAT - JELAS JKN PERAK

 


PETALING JAYA, SELANGOR : Punca kepada kematian seorang remaja lelaki sehari selepas menerima vaksin lengkap (dos ke-2) Vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat di Negeri Perak pada 23 Oktober 2021 masih dalam siasatan.

 

Pengarah Kesihatan Negeri Perak iaitu Dr Ding Lay Ming memaklumkan, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat lengkap bagi mengetahui punca kematian remaja berkenaan.

 

Katanya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN) mendapat makluman mengenai kematian remaja berkenaan pada 24 Oktober 2021 sehari selepas pelajar tersebut menerima vaksin lengkap.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, remaja berkenaan dimaklumkan tidak mempunyai sebarang alahan terhadap vaksin atau ubat dan juga tidak diketahui mempunyai sebarang penyakit kronik.

 

" Pada 24 Oktober 2021, jam 0930 pagi sehari selepas suntikan vaksin tersebut, beliau ditemui dalam keadaan sesak nafas dan kemudiannya tidak sedarkan diri di rumah beliau.

 

" Remaja terbabit dibawa ke sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak untuk menerima rawatan kecemasan, namun telah disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober 2021 pada jam 1040 pagi," ulasnya.

 

Ding turut memaklumkan, bedah siasat yang dijalankan pada 1540 petang hari yang sama (24 Oktober 2021) turut mendapati bahawa terdapat penyempitan saluran paru-paru (Spontaneous Bronchospasm).

 

Tambahan beliau, semua sampel tisu dalam badan remaja berkenaan telah dihantar bagi pemeriksaan lanjug Pakar Perubatan Forensik Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun.

 

" Laporan bedah siasat bagi kes ini belum lengkap kerana terdapat keputusan ujikaji yang belum diterima," katanya lagi.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/09/dua-kluster-diisytiharkan-di-daerah.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kematian-ke-16-covid-19-negara-brunei.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/sarawak-monopoli-kes-tertinggi-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kes-covid-19-sarawak-tertinggi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/tiada-bukti-kukuh-suplemen-cegah-covid.html 


@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/11/jkn-perak-kematian-remaja-sehari-lepas.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium & Interesting About Dolphin Performance

   https://youtu.be/DdQNaf-gYQw?si=NMbNfkpaWKnGhLej >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<