Wednesday, 22 September 2021

KES COVID-19 SARAWAK TERTINGGI

 PETALING JAYA, SELANGOR, 19 SEPTEMBER 2021 (AHAD) 

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan pada 19 September 2021 (Ahad) iaitu 14,954 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,097,830 kes setakat hari tersebut.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian di Media Sosial (Twitter), sebanyak 23,469 kes telah sembuh, membawa jumlah pesakit yang telah discaj keseluruhannya kini mencecah 1,863,922.

 

Seramai 1,194 pesakit berada di unit rawatan rapi, dengan 882 disahkan dijangkiti COVID-19 manakala 312 disyaki positif.

 

Sementara itu juga, 665 pesakit adalah memerlukan bantuan pernafasan, dengan 401 telah disahkan kes COVID-19 dan 264 lagi disyaki positif COVID-19.

 

Sarawak terus mencatat jumlah harian tertinggi berturut-turut dengan 2,707 kes dan mendominasi kemungkinan sehingga hujung tahun 2021.

 

Ini diikuti oleh Selangor (2,028 kes), Johor (1,948 kes), Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes), Perak (1,222 kes), Kedah (809 kes), Pahang (705 kes), Terengganu (671 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (207 kes), Negeri Sembilan (144 kes), Perlis (76 kes), Putrajaya (19 kes) dan  hanya Wilayah Persekutuan Labuan (tiada kes).

 

Noor Hisham turut memaklumkan, mengenai jangkitan baharu, hanya 1.6% adalah kes dalam kategori 3, 4 dan 5 (serius).

 

Beliau turut memaklumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara ialah 0.94 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi berturut - turut iaitu pada 1.08 Rt.

 

Ia diikuti oleh Negeri Terengganu (1.05), Perak (1.04), Pahang (1.04), Johor (1.01), Penang (1.00), Perlis (0.98), Kelantan (0.97), Sabah (0.92), Melaka (0.85), Kuala Lumpur (0.81) dan Labuan (0).

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kematian-ke-16-covid-19-negara-brunei.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kerajaan-sarawak-dilihat-gagal-atasi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/dua-kluster-diisytiharkan-di-daerah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/demam-babi-afrika-di-limbang-kapit-dan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kluster-kampung-matang-lot-kuching.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

 


@Jackie San 

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kes-covid-19-sarawak-tertinggi.html

    ReplyDelete

Featured post

The Thriller Film Sinks Teeth Into Hungary's Opposition !

 THRILLER FILM SINKS TEETH INTO HUNGARY'S OPPOSITION     " We screwed up," reads the giant billboard on the highway into Budap...