2021年9月15日水曜日

KERAJAAN SARAWAK DILIHAT GAGAL ATASI PENINGKATAN KES COVID-19

DELTA VARIANT MELONJAK DI NEGERI SARAWAK : COVID -19 


 

KUCHING: Kes jangkitan COVID-19 yang membabitkan varian Delta di Negeri Sarawak semakin hari semakin meningkat mendadak setiap hari.

 

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Dr David Perera memaklumkan, kadar pengesanan keseluruhan kini telah mencecah lebih 73 % daripada 50 % yang dilaporkan pada 03 Ogos 2021 kira - kira sebulan yang lalu.

 

Beliau turut memaklumkan, bagi Bahagian Kuching sahaja, kadar pengesanan varian Delta adalah kira - kira 90 %.

 

" Varian itu juga terus dikesan di Daerah Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan juga Bintulu.

 

" Selain itu, pakar penyelidik UNIMAS turut mengesan enam (6) varian Delta di Bahagian Sibu, " katanya dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, 09 September 2021.

 

Menurutnya, pada 10 Ogos yang lalu, sejumlah 249 Varian Prihatin (VOC) tambahan dan Varian Of Interest (VOI) telah dikesan daripada 338 kes positif COVID-19 di Negeri Sarawak.

 

" Dari VOC/VOI itu, 248 adalah Varian Delta (B.1.617.2) manakala satu (1) kes VOI Indonesia yang dikesan di Bintulu," katanya.

 

Menurutnya lagi, sehingga ke hari ini, sejumlah 592 VOC/VOI terkumpul di Negeri Sarawak daripada kes positif COVID-19 pada 10 Ogos yang lalu.

 

Secara keseluruhannya, 521 kes Varian Delta dikesan dengan Daerah Kuching telah menjadi penyumbang utama kes tertinggi Delta iaitu 354 kes, Samarahan ke-2 tertinggi (67 kes), Daerah Serian ke-3 (60 kes), Daerah Sibu - ke-4 (8 kes), Daerah Miri ke-5 (8 kes), Daerah Sri Aman ke-6 (6 kes), Daerah Betong ke-7 (1 kes) dan juga satu (1) kes import varian Delta.

 

>>>READ MORE ARTICLE HERE<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/more-covid-19-cases-incoming-sarawak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/more-covid-19-cases-incoming-sarawak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/dua-kluster-diisytiharkan-di-daerah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kluster-kampung-matang-lot-kuching.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/negara-brunei-tetapkan-pematuhan-sop.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/icu-hospital-kedah-tenat-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

 


@ Jackie San

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kerajaan-sarawak-dilihat-gagal-atasi.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...