2021年9月6日月曜日

Dua Kluster Diisytiharkan di Daerah Limbang, Sarawak : COVID-19

KUCHING, SARAWAK 01 SEPTEMBER 2021

 


Dua (2) kluster baharu yang diisytiharkan di Negeri Sarawak iaitu tanggal 01 September 2021 (Rabu) yang melibatkan kawasan rumah panjang dan juga kluster tapak pembinaan di Ulu Limbang, Daerah Limbang, Sarawak.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan bahawa sejumlah 70 orang telahpun dikesan positif wabak COVID-19 daripada sejumlah 174 orang yang telah disaring di Rumah Manggi, Kampung Menuang Baru dan akhirnya kewujudan Kluster Menuang Baru dihasilkan.

 

Manakala, Kluster Sebayan - Talun pula adalah melibatkan sebuah tapak pembinaan di Kem Stalun Fly dan juga Kem Sebayan bertempat di kawasan Komuniti Penan, Long Rayeh, Ulu Medamit Daerah Limbang dan hasilnya 16 orang telah dikesan positif setakat ini.

 

Selain itu, tanggal 01 September 2021 (Rabu), Negeri Sarawak turut merekodkan 2,414 kes baharu dengan 2,407 daripadanya adalah dalam kategori satu (1) dan dua (2) iaitu tidak bergejala dan mempunyai gejala ringan, manakala tiga (3) kes kategori empat (4) iaitu jangkitan pada paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen. Selain itu, terdapat empat (4) kes kategori (5) - yang mana pesakit memerlukan ventilator akibat jangkitan pada paru-paru mereka.

 

JPBN turut memaklumkan bahawa jumlah kes baharu berkenaan telah menjadikan kumulatif kes penyakit wabak COVID-19 di Negeri Sarawak terus meningkat kepada 118,972.

 

Pada 01 September 2021 (Rabu) turut menyaksikan kematian akibat wabak COVID-19 di Negeri Sarawak sebanyak tujuh (7) kes kematian baharu dicatatkan dan ianya menjadikan jumlah kematian sehingga hari ini meningkat ke 533 orang.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kluster-kampung-matang-lot-kuching.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/negara-brunei-tetapkan-pematuhan-sop.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/ibu-sanggup-lemaskan-5-anak-dalam-tab.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pakaian-seksi-itu-mudah-elizabeth-tan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/cara-mudah-menurunkan-berat-badan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/dua-kluster-diisytiharkan-di-daerah.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<