2022年5月1日日曜日

13 PELAJAR MENGUNDANG PADAH AKIBAT MEMBELASAH PELAJAR - SMK TUANKU PUTRA

BULI MEMBAWA KEPADA BUDAYA SAMSENG DI SEKOLAH - DR MAHATHIR

 


Langkawi Kedah :  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 30 April 2022 (Sabtu) mengigatkan orang ramai terutamanya pelajar bahawa sikap dan tabiat membuli bukanlah  kegiatan yang boleh dibanggakan.

 

Ibu Bapa yang mengagung-agungkan anak-anak mereka umpama menempah musibah di akhir zaman kelak.

 

Sedih dengan kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Langkawi, Kedah yang tular di media sosial kelmarin, Dr Mahathir berkata tindakan itu hanya boleh membawa kepada budaya samseng dan bukannya budaya orang timur Malaysia.

 

" Kini ia menjadi kes polis. Saya amat berharap semua pelajar yang terlibat segera sedar dan mengambil peringatan buli bukannlah sesuaty yang harus kita banggakan," kata Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menerusi catatan di Akaun Twitter rasminya.

 

Kelmarin, 29 April 2022 (Jumaat), media melaporkan polis menerima satu laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki yang berumur 16 tahun yang dipukul dalam satu rakaman video berdurasi 25 saat.

 

Kejadian yang berlaku pada jam 090 pagi Rabu, itu dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dengan pelajar yang lain dengan mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu pagi semalam.

 

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari turut berkata 13 pelajar tingkatan empat (4) SMK Tuanku Putra, Langkawi telah ditahan bagi membantu siasatan.

 

Turut dimaklumkan 13 pelajar terbabit terdiri daripada rakan kelas beliau termasuk pelajar di bilik darjah yang lain sama-sama membuli mangsa.

 

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan teruk akibat dipukul, ditendang, dilenyek, ditikam, dibaling, dihempap beberapa kali dengan meja serta kerusi selain ditampar oleh lebih kurang 13 pelajar.

 

Ibu Bapa diingatkan jangan terlalu memanjakan anak-anak mereka kerana akibat terlalu memanjakan anak akan memberikan kesan negatif bagi kemajuan masa hadapan mereka.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kematian-zulfarhan-upnm-akibat-didera.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html 



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<