2022年7月3日日曜日

JATUH PADA KETIMGGIAN 27 METER PUNCA 2 PEKERJA MAUT - JOHOR

JATUH PADA KETIMGGIAN 27 METER PUNCA 2 PEKERJA MAUT - JOHOR

 


JOHOR BAHRU:Hasil siasatan dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor Baharu adalah mendapati kedua-dua (2) pekerja syarikat pembersihan bumbung Stadium Sultan Ibrahim yang maut pada 13 Jun 2022 (Isnin) terjatuh pada ketinggian 27 meter.


Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang juga lelaki warga tempatan yang berusia di antara 34 dan 35 tahun, sedang asyik melakukan pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim dilaporkan telah terjatuh dari atas bumbung kanvas ke atas pagar sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


" Susulan dari kejadian tersebut, JKPP telah menghantar sepasukan pegawai untuk menjalankan siasatan kes itu dan telah mendapati kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai juruteknik ditugaskan secara berpasangan untuk membuat kerja pembersihan bumbung kanvas stadium menggunakan teknik " rope access " di atas kawasan berdekatan pintu masuk Pintu A berdepan Ibu Pejabat Kelab JDT.


" Kedua-dua mangsa dilaporkan terjatuh dari atas bumbung kanvas ke atas pagar BRC (anggaran ketinggian 27 meter) dan telah meninggal dunia di tempat kejadian."


Selain itu, JKKP turut memaklumkan bahawa pihaknya akan melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan memandang serius setiap kemalangan serta penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan selepas menerima laporan yang dilaporkan oleh media berkaitan dua (2) pekerja syarikat pembersihan profesional maut selepas terjatuh ketika sedang melakukan pembersihan di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, kira-kira jam 12.30 tengah hari.


" Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab jika terdapat pelanggaran peraturan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


" Pekerja yang bekerja di tempat tinggi terdedah dengan risiko yang tinggi dan ia boleh dikurangkan jika pihak majikan menggunakan instrumen yang sistematik dan membabitkan tiga (3) proses utama iaitu pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan juga kawalan risiko (HIRARC), " jelasnya.


Selain itu, beliau turut menyarankan agar semua majikan untuk merujuk kepada Garis Panduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh JKKP pada Tahun 2007.

 

>>>BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/19-murid-2-guru-mati-ditembak-texas.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/datuk-vida-diminta-mati-cepat-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/tidak-perlu-guna-pelitup-muka-indonesia.html 



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<