2021年5月18日火曜日

Karim Bersikap Perkauman Terhadap Pandelela



KUCHING, SARAWAK 08 MEI 2021:

Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah terhadap pencapaian Pandelela Rinong sebagai satu kenyataan seorang menteri yang terimidatasi, dengki serta bersifat perkauman.


Karim turut menyatakan bahawa Pandelela tidak layak untuk diberikan pangkat Datuk disebabkan alasan mudah masih muda berbanding pencapaian Datuk Lee Chong Wei serta Datuk Nicol David yang lebih berjaya.


" Pemberian anugerah seperti Gelaran Datuk kepada individu yang mengharumkan nama negara Malaysia di mata manusia adalah satu tindakan yang wajar dan tidak sepatutnya bersifat negatif ataupun iri hati di atas pencapaian atlit. "


" Umur dan gender seseorang atlit yang menyumbang kepada pengharuman nama Negara tidak boleh dipertikaikan berbanding Menteri - Menteri sedia ada yang langsung tidak menunjukkan pembangunan kawasan masing-masing dan hanya makan gaji buta haruslah disangkal dan tidak dapat dinafikan rata - rata mereka tidak berintegriti. Menteri dan YB kawasan sebagai contoh harus malu berbanding pengorbanan yang ditunjukkan atlit Malaysia."


Karim dilihat memanipulasikan faktor umur sebagai faktor kegagalan untuk memberikan gelaran pangkat Datuk kepada Pandelela. Karim juga dilihat berfikiran sempit dan kekampungan. Beliau turut dilihat terancam dengan jawatan yang disandang dan lebih mengejutkan Karim menerima ancaman bunuh terkini.


Wanita PKR Sarawak turut memberikan contoh Datuk Nicol David menerima penganugerahan Gelaran Datuk pada usia 25 Tahun berbanding Pandelela Rinong yang berumur 28 tahun pada ketika ini. 


" Wanita PKR Sarawak turut menyarankan Karim meletak jawatan jika rasa tergugat dengan jawatan yang nampak makan gaji buta. Beliau turut disarankan belajarlah lebih tinggi dan lebih matang kerana dilihat seorang menteri yang tidak berkepentingan di arena sukan malah hanya duduk menerima gaji tanpa pengorbanan yang memajukan negara dan Negeri Sarawak. Wanita PKR Sarawak memuji berkali - kali atas pencapaian atlit anak Bumi Kenyalang yang mengharumkan nama negeri malah nama Malaysia di persada dunia.


>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/apakah-kecederaan-sukan-yang-sering.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/4-cara-mudah-atasi-kekejangan-otot.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/penerjun-negara-dikhuatiri-membawa.html

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/prestasi-hambar-pencapaian-terburuk.html

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/malaysia-yakin-tumbangkan-vietnam.html

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/rakyat-malaysia-jangan-mimpikan-lagi.html

https://www.jacknjillscute.com/2018/09/wira-wirawati-anak-malaysia-di-sukan.html



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/karim-bersikap-perkauman-terhadap.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<