2021年10月31日日曜日

KILANG FUSUK PENUH NAJIS TIKUS !

AKIBAT PERSEKITARAN YANG KOTOR !


Lokasi pemprosesan makanan yang amat kotor dan penuh dengan najis ditemui.

 

Beberapa gambar yang memproses fucuk di Negeri Pulau Pinang, utara Semenanjung Malaysia amat meloyakan, apatah lagi tempat pemprosesan itu penuh dengan najis tikus!

 

BERNAMA turut melaporkan Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid memaklumkan bahawa keadaan kilang tersebut disifatkan sebagai tidak layak beroperasi dan juga perlu menghentikan segala kerja memproses makanan dengan kadar segera.

 

" BOLEH DIKATAKAN KEADAAN KILANG FUCUK INI SANGAT KOTOR DAN MEMBIMBANGKAN!

 

" 200 PERATUS KOTOR DAN TIDAK LAYAK BEROPERASI MEMANDANGKAN TAHAP KEBERSIHAN PREMIS TIDAK MENEPATI STANDARD KEBERSIHAN DAN JUGA KESELAMATAN MAKANAN YANG DITETAPKAN," KATA MOHD WAZIR.

 

10 FAKTA KILANG FUCUK DIARAH TUTUP 

1- Mohd Wazir berkata kilang tersebut didapati tidak memiliki lesen perniagaan yang sah dikenakan kompaun kira-kira RM 5,500.00

 

2 - Ia dipercayai beroperasi sudah melebihi 10 tahun.

 

3 -  Kilang tersebut turut diberikan tiga (3) kompaun oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bernilai kira-kira RM 5,500.00 berdasarkan kesalahan iaitu tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah KKM dan beroperasi tanpa kebenaran.

 

4 - Ia turut diberikan notis bernilai RM 500 oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana berniaga tanpa lesen.

 

5 - Mohd Wazir mendedahkan kilang memproses fucuk tersebut sebelum ini pernah diarahkan menutup operasi atas kesalahan sama kira - kira tiga (3) tahun lepas tetapi ingkar.

 

6 - Antara kesalahan lain yang dilakukan adalah terdapat seorang pekerja kilang itu yang merupakan warga Myanmar tidak menerima suntikan tifoid selain tidak memakai kelengkapan yang sesuai semasa mengendalikan makanan.

 

7 - Turut didapati terdapat binatang peliharaan seperti anjing berada di dalam premis berkenaan yang sememangnya tidak mematuhi prosedur ditetapkan.

 

8 - Sebab utama penutupan tersebut adalah najis tikus, lalat dan lipas sebab berkait dengan keracunan makanan yang boleh menyebabkan pencemaran sama ada bakteris dan fizikal.

 

9 - Mohd Wazir mendedahkan produk fucuk tersebut dipercayai akan dipasarkan ke negeri di selatan tanah air.

 

10 -  Arahan penutupan premis berkenaan selama dua (2) minggu bersamaan 14 hari adalah di bawah Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini, 27 Oktober 2021 (Rabu).

 

Selain itu, minggu lepas, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang turut membongkas dua (2) buah kilang memproses tauhu dan juga belacan di Kampung Selamat, Tasek Gelugor dan Sungai Puyu yang amat kotor dan juga menjijikkan. Malah logo halal yang digunakan tertera di bungkusan amat diragui.

 

Kedua - dua buah kilang berkenaan diarah tutup selama dua (2) minggu ataupun 14 hari.

 

>>>BACA LANJUT DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/10/perselisihan-faham-punca-tentera-bunuh.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/indonesia-berpesta-singkirkan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/mati-digantung-atas-pokok-tenom-sabah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/tiada-bukti-kukuh-suplemen-cegah-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/cecair-merah-keluar-di-tanah-perkuburan.html 


@ Jackie San 

 

 

 

 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html?sc=1651633079095#c1178139240906398343

    返信削除

Featured post

KEJAM - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH

VIRAL - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH @Jackie San LAHAD DATU, SABAH (23 MAC 2024): Siasatan polis me...