Friday, 22 October 2021

PERSELISIHAN FAHAM PUNCA TENTERA BUNUH DIRI : KUCHING SARAWAK

KUCHING, SARAWAK : Seorang anggota tentera maut akibat menembak dirinya sendiri menggunakan senjata jenis M4, selepas bertengkar dengan isterinya serta iparnya dalam kejadian di sebuah rumah, di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah, Jalan Matang, Kuching pada 13 Oktober 2021.

 


Ketua Polis Daerah Padawan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, memaklumkan bahawa dalam kejadian 1245 tengahari itu, suspek yang berusia 28 tahun tiba di lokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isterinya, di mana mereka masih dalam proses perceraian.

 

" Semasa dalam perbincangan suspek yang dilaporkan dalam keadaan marah telah mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam kereta beliau.

 

" Suspek turut mengajukan senjata kepada ahli keluarga isterinya dan terus melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah bahagian ruang tamu dan juga dapur rumah isteri beliau. Dalam kejadian itu, terdapat ipar dan juga ibu mertua suspek. Namun tembakan yang dilepaskan telah tersasar dan pada kejadian tersebut, ibu mertua suspek yang berusia lebih kurang 58 tahun telah terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri, seperti dimaklumkan oleh Abang Zainal.

 

Selain itu, saksi turut memaklumkan bahawa suspek turut menghala ke hadapan rumah berkenaan dan terus menembak dirinya sendiri di bahagian dagu berikutan situasi berasa bersalah dilihat akibat tembakan yang tersasar tadi terkena ibu mertuanya.

 

" Suspek disahkan maut di tempat kejadian, " katanya.

 

Abang Zainal ketika mengulas lanjut, turut memaklumkan ketika kejadian tersebut, suspek masih bertugas sebagai anggota pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di Daerah Bau, Kuching, Sarawak.

 

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Di samping siasatan terhadap bagaimana senjata boleh dibawa keluar turut akan disiasat.

 

" Siasatan sedang dijalankan dan pihak PDRM turut menggesa orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai terhadap kes ini. "

 

 >>>BACA LANJUT ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/ramai-netizen-mempersoalkan-siapa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/seorang-guru-cubaan-merogol-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/cecair-merah-keluar-di-tanah-perkuburan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/mati-digantung-atas-pokok-tenom-sabah.html 


 @ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/perselisihan-faham-punca-tentera-bunuh.html

    ReplyDelete

Featured post

Kopral Limbang DiKhuatiri Lemas di Sungai Medait Long Napir Limbang

  https://youtu.be/tT9-778bnsY