2021年10月14日木曜日

Mati Digantung Atas Pokok : TENOM SABAH

 TENOM, SABAH

 


Seorang lelaki warga China yang dilaporkan hilang di pusat pembinaan Empangan Mini Hydro Telekosong, di Sabah pada 01 Oktober 2021 ditemui mati dalam keadaan mengelirukan iaitu tergantung atas pokok dan ditemui pada 08 Oktober 2021 (Jumaat).

 

Mangsa iaitu Yang Ming Zhong, 37 Tahun merupakan seorang pekerja mahir dalam membuat pengerudian terowong, ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu. Mengantungkan mangsa di atas pokok adalah kaedah hanya menutup mata dan mengaburi.

 

Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah iaitu Hasan Majid memaklumkan bahawa mangsa yang ditemui pada jam 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan juga menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi sejak laporan mangsa hilang diterima.

 

Katanya lagi, mangsa yang memakai baju T berwarna merah dan juga mengenakan seluar pendek tergantung dengan tali di sebatang pokok di kawasan berkenaan.

 

" Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang. Selain itu juga, mangsa turut memberitahu rakan sebiliknya bahawa dia ingin keluar mencari kawasan yang mempunyai talian telefon.

 

" Bagaimanapun, mangsa didapati tidak pulang ke rumah sehingga keesokan harinya dan rakan mangsa terus memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum satu laporan polis dibuat, " katanya ketika dihubungi.

 

Hasan turut memaklumkan, berdasarkan laporan yang diterima, polis terus melancarkan operasi SAR yang membabitkan seramai 54 orang anggota dan juga pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Pangkalan Sabah.

 

Selain itu juga, operasi turut dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Sabah bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 

" Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Tenom, Sabah untuk proses bedah siasat dan operasi SAR ditamatkan serta-merta.

 

" Kes turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

 

 >>>BACA LEBIH LANJUT ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kanak-kanak-dibiarkan-minum-air-lumpur.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/wajib-ber-niqab-pelajar-perempuan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/anis-amira-tidak-layak-ke-olimpik-2024.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/tiada-bukti-kukuh-suplemen-cegah-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/cecair-merah-keluar-di-tanah-perkuburan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kes-covid-19-sarawak-tertinggi.html 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/mati-digantung-atas-pokok-tenom-sabah.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<