2021年11月8日月曜日

Langkawi - IKan Siakap Berharga Lebih Satu Ribu Ringgit

 ' SIAKAP BERHARGA EMPAT ANGKA '

 


KUALA LUMPUR : Selepas tular kisah tujuh (7) pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi, Kedah yang mendakwa dikenakan harga ikan siakap menerusi menu hidangan didakwa terlalu mahal, pada 07 November 2021 (Ahad) muncul pula perkongsian lain yang hampir serupa nasibnya.


Seorang wanita turut mendakwa hidangan yang dipesannya bersama 18 orang individu lain juga mencecah emap (4) angka ataupun ribuan ringgit, di samping harga air dan juga telur yang disifatkannya terlampau mahal dan cekik darah seperti dilaporkan di Utusan Malaysia baru-baru ini.

 

Pada mulanya mereka iaitu (18) lapan belas orang beranggapan bahawa hidangan tersebut berkemungkinan berharga antara RM 200 sehingga RM 500, namun terkejut apabila memanggil juruwang ataupun pelayan untuk meminta bil mereka. Selepas menerima bil keseluruhan mereka amat terkejut dengan jumlah harga keseluruhan bil.

 

" Jumlah keseluruhan harga makanan atau hidangan empat angka, air pun cekik tengkuk tahap nak mati. Inikan pula ikan siakap yang katanya dari kayangan tapi keturunan Pulau Langkawi.

 

Itu baru ikan. Air kosong pun di Pulau Langkawi dicaj RM 5.00, inikan pula air minuman manis.

 

" Telur 4 biji dijadikan telor dadar pun sama harga telur sepapan, tak tahulah mahu sumpah atau mahu doa baik-baik kat peniaga itu sebab hati ini macam tak ikhlas saja waktu saya membayar bil keseluruhan makanan kami, " kongsi seorang wanita di laman Facebook.

 

Beberapa hari selepas tularnya mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa mereka dikenakan bayaran keseluruhan makanan dan minuman di Pulau Langkawi, Kedah RM 1, 196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.

 

Namun pemilik restoran menegaskan ikan yang dimakan mereka itu biasanya tidak dijual tetapi dipelihara sebahagian aktiviti pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung di restoran berkenaan, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu yang disediakan.

 

Namun pengunjung telah bersetuju dan tetap mahupun ikan siakap yang dipamerkan itu sebagai menu makanan dan hidangan mereka. Selain itu juga, pemilik restoran telah meminta persetujuan harga serta memaklumkan kepada pengunjung tersebut berat timbangan serta harga yang perlu dibayar oleh pengunjung tersebut. Maka dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, ikan siakap tersebut dimasak dan disajikan serta dihidangkan kepada kumpulan pelancong tersebut.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/mati-digantung-atas-pokok-tenom-sabah.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/perselisihan-faham-punca-tentera-bunuh.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/kilang-fusuk-penuh-najis-tikus.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/jkn-perak-kematian-remaja-sehari-lepas.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html 


 

 

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/11/langkawi-ikan-siakap-berharga-lebih.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...