2021年7月31日土曜日

Sajat Diisytihar BANKRAP !

 KEGAGALAN BAYAR GANTI RUGI RM 200,000, SAJAT DIBERI NOTIS BANKRAP


 

 PETALING JAYA, SELANGOR : Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan notis kebankrapan yang difailkan terhadap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat diserahkan menerusi notis iklan dan penampalan selepas usahawan kosmetik itu gagal untuk membayar ganti rugi yang berjumlah RM 200,000 kepada bekas stokis utamanya.

 

Peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili OWA Resources berkata, notis itu diserahkan secara penyampaian ganti memandangkan lokasi sebenar defendan masih tidak dapat dijejaki (bersembunyi).

 

" Notis iklan dan juga notis tampal telah dibuat oleh dua (2) plaintif, Nurwati Hussin dan Mohammed Syakir Hussin minggu ini dan mereka belum menerima sebarang afidavit membantah notis kebankrapan daripada Muhammad Sajjad.

 

" Anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan turut menampal notis di mahkamah dan depan rumah defendan, " katanya dalam satu kenyataan.

 

Terdahulu, Nur Sajat turut dilaporkan gagal dalam rayuannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah memerintahkan usahawan itu membayar ganti rugi hampir RM 200,000 kepada OWA Resources.

 

Hafidzah berkata, anak guamnya berjaya membekukan akaun bank defendan tahun lalu, tetapi hanya memperoleh RM 5,000 sahaja, iaitu baki terkini daripada akaun terbabit.

 

" Ini dilakukan melalui tindakan garnisi terhadap semua akaun defendan. Berikutan kegagalan defendan untuk membayar penghakiman mahkamah, anak guam tiada pilihan lain melainkan membankrapkan defendan."

 

Katanya lagi, OWA Resources cuba menyerahkan notis bankrap kepada Nur Sajat sebanyak tiga (3) kali, termasuk surat temu janji, namun menemui jalan buntu sebelum plaintif memfailkan notis melalui notis iklan di akhbar, mahkamah dan juga rumah defendan.

 

Notis tersebut menyatakan Nur Sajat perlu untuk membayar RM 113, 327.oo dengan kadar faedah 5% setahun atas jumlah baki bermula 13 September 2018, iaitu tarikh pemfailan writ saman sehingga 3 Mac 2021 sebagai tarikh notis kebankrapan.

 

Dia juga perlu untuk membayar kos mahkamah sebanyak Rm 70,000 yang berjumlah RM 197, 329.87 setakat 03 Mac 2021 yang lalu.

 

 >>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/sajat-persendakan-islam-mujahid.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pakaian-seksi-itu-mudah-elizabeth-tan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/04/sajat-harus-dihukum-persenda-islam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/04/pondan-adalah-suci-takkan-kena-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/03/dato-alif-syukri-puji-nur-sajat-berani.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/03/tuhan-murka-lelaki-bertelekung-cium.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/03/risaukan-status-anak-lahir-kelak-bin.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/sajat-sahkan-jantina-nya-sebenar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/pejabat-mufti-gagal-sahkan-jantina-sajat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/sajat-akhirnya-akui-coach-yin-rupanya-b.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/tanah-suci-makkah-sajat-mohon-agar.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...