2019年10月6日日曜日

Petronas Bayar Cukai Gas Dan Minyak Sarawak Hujung Tahun 2019


PETRONAS BERIKRAR :
Bayar cukai minyak & gas kepada Sarawak sebelum hujung tahun 2019 - KM Sarawak 

SIBU: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abg Johari Tun Openg memberitahu cukai minyak & gas yang masih belum dilangsaikan hutangnya oleh PETRONAS kepada Sarawak akan diselesaikan dalam masa dua bulan ini.

Justeru itu, beliau mahu rakyat Sarawak bersabar tentang perkara tersebut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kerajaan negeri akan mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat bagi penyelesaian tersebut, " katanya pada Sei Townhall ketika 'Program Berambeh Ngan' kira - kira 1,000 warga Bahagian Sibu di Dewan Kompleks Islam Bandar Sibu, hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapa'ee, Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Bagaimanapun, beliau berkata Negeri Sarawak mempunyai cara ataupun kaedah lain untuk tujuan tersebut dan akan mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ia akan selesai dalam dua bulan ini," Janji KM Sarawak.

Abang Johari berkata, kerajaan pusat harus menghormati hak Sarawak dalam apa jua keadaan.

"Kerajaan negeri menuntut hak kita dan kita mengenakan cukai ini bukan sesuka hati tetapi berdasarkan perlembagaan dan undang-undang," tegasnya lagi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Menutusnya, Sarawak telah mengeluarkan hasil minyak dan gas sebanyak RM 660 billion sejak dari 1976 sampai 2018 tetapi hanya mendapat RM 33 billion sahaja.

"Itu sebab kita melaksanakan cukai ini sebagai pendapatan tambahan kita, " tegasnya lagi.

Beliau mendedahkan PETRONAS tidak pernah membayar cukai sejak Januari 2019.

"Shell, Murphy Oil da Pertamina sudahpun membayar kita, " Alhamdulillh katanya.

Dalam perkara lain, beliau telah mengambil perhatian terhadap beberapa pembangunan yang akan dilaksanakan di Sibu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Antaranya, menurut beliau ialaha rancangan membina litar lumba, mereka bentuk semula tebingan Batang Igan, mewujudkan Sibu moden dan Smart City di Jalan Oya, mewujudkan sekolah antarabangsa dan mewujudkan Taman Hijau.

"Saya tidak cakap sahaja. Kita akan laksanakan secepat mungkin, asalkan umur saya panjang, " katanya lagi.

Beliau memberitahu, semua pembangunan memerlukan masa untuk dilaksanakan.

Jelasnya, kerajaan memerlukan pelan dan perancangan yang teliti tentang pembangunan tersebut sebelum ia dapat dilaksanakan.

Tegas Beliau - Sokonglah GPS untuk Masa Depan Sarawak !!!

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2019年10月4日金曜日

GRAB Hampir Bankrap, Didenda Lagi Hampir RM 90 Juta !

Syarikat Grab didenda hampir RM 90 juta



Kuala Lumpur :
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mencadangkan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab, didenda RM 86,772,943.76 kerana amalan menindas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, berkata Grab turut dikenakan denda kewangan harian RM 15,000 bermula hari ini, sekiranya syarikat itu gagal mengambil tindakan pembetulan seperti diarahkan MyCC bagi menangani isu persaingan berkaitan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata, Grab melanggar Seksyen 10 Akta Persaingan 2010 (AP 2010) secara kolektif berikutan syarikat itu didapati menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui pengenaan beberapa klausa yang membataskan pemandunya.

Tegas beliau, Grab didapati membataskan pemandunya daripada mempromosikan dan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kepada pesaing Grab dalam perkhidmatan e-hailing dan pasaran pengiklanan media transit.

"MyCC ingin menekankan bahawa klausa-klausa itu memberikan kesan mengganggu persaingan dalam pasaran berkenaan dengan mewujudkan halangan kemasukan dan perkembangan kepada pesaing Grab sedia ada termasuk pesaing masa depan.

"Sehubungan itu, syarikat terbabit mempunyai 30 hari bekerja bermula hari ini untuk memberikan representasi pembelaan mereka kepada MyCC.

"Kemudian, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir di bawah Seksyen 39 atau 40 AP 2010 selepas menilai kesemua representasi serta maklumat dan bukti yang diketengahkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat MyCC di sini, hari ini.

Kata Iskandar, tempoh 30 hari diberikan kerana ia bukan keputusan akhir, sebaliknya Grab mempunyai peluang untuk mengemukakan pembelaannya dalam masa ditetapkan.

Menurutnya, isu berkaitan Grab timbul berikutan penggabungan antara Grab dan Uber pada lewat Mac 2018 sehingga Grab menjadi pemain dominan dalam pasaran e-hailing.

Sejak penggabungan itu, katanya, MyCC menerima banyak aduan terhadap Grab, namun beliau enggan mendedahkan secara khusus bentuk aduan diterima dan siapa pengadu.

"Berdasarkan aduan diterima, MyCC membuat penilaian dan memulakan penyiasatan ke atas Grab.

"Adalah penting bagi halangan-halangan kemasukan dalam pasaran (e-hailing) buat pemain baharu kekal rendah dan keupayaan pesaing-pesaing untuk berkembang dan bersaing berdasarkan pengekalan merit.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Ini bagi memastikan persaingan sentiasa sihat dalam pasaran e-hailing termasuk pasaran-pasaran lain yang berkaitan.

"MyCC berpandangan bahawa perlakuan Grab bukan saja mempunyai kesan kepada pemandu e-hailing dan pesaingnya, malah mempunyai kesan jangka panjang kepada pengguna.

Sementara itu, Iskandar berkata pihaknya merancang untuk meminda undang-undang supaya MyCC mempunyai kuasa mengawal penggabungan syarikat dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, di Malaysia ataupun lebih khusus MyCC, tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian tetapi hanya berperanan memantau syarikat selepas penggabungan berlaku.

"Kena faham, Malaysia atau MyCC tidak ada kuasa mengawal penggabun (Syarikat). Di Singapura dan Filipina sebagai contoh, mereka ada hak dan kuasa. Maksudnya, mereka boleh menghentikan penggabungan, tetapi di negara kita ianya tidak dibenarkan.

"Sudah tiba masanya, kita ada kuasa untuk mengawal penggabungan ini. Jadi, apa-apa perubahan kepada undang-undang atau penambahbaikan undang-undang kena melalui kementerian kam (KPDNHEP). Kementerian pun sudah tahu dan ia dalam perancangan, " katanya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San

2019年10月3日木曜日

PM Letak Jawatan, Siapa Pengganti ?

Dr. Mahathir Diharap Jangan Letak Salah Penganti !


KUALA LUMPUR -
Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berharap Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad tidak mencalonkan pengganti jawatan nombor satu negara ini kepada 'Si Rakus' yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan peribadi.

 Saranan itu dibuat oleh Mohd Asri dalam satu surat terbuka yang ditulis dan dikongsikan beliau dalam media sosialnya 'Facebook' malam tadi.

YAB Tun, pandanglah redha Allah dalam mencari pengganti mu
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

YAB Perdana Menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanahair ini.

Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya 'Semangat Melayu' Tun melebihi saya. Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salahguna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata. 

 Malangnya dalam membentuk kerajaan baharu, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu.

Ia bukannya sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian:

1. Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan. Kebiadapan dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya. Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

2. Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti. Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu Tun.

3. Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada. Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuranbudi dan nilai keinsanan yang waras.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

4. YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat. Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut. Berbanding saya yang amat kerdil dan tersangat bodoh. Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya.  Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam tiada bandingannya.

5. YAB Tun dalam sejarah, Rajak Bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman Bin 'Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum 'Umar Bin 'Abd al-'Aziz. Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak Bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab:
"Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslim". 

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga bukan anaknya, tapi sepupunya 'Umar Bin 'Abd al-'Aziz. Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak Bin Haywah, jawabnya: "Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara-saudaramu tidak bersetuju dengannya". Kata Sulaiman: "Nampaknya begitulah". Lalu Sulaiman Bin 'Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan 'Umar Bin 'Abd al-'Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid Bin 'Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-'Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: "Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin 'Abd al-Malik untuk 'Umar bin 'Abd al-'Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin 'Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya ('Umar bin 'Abd al-'Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu" (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

6. YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin 'Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerana tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam. 'Umar bin 'Abd al-'Aziz telah menjadi khalifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian. Sulaiman bin 'Abd Malik walaupun tidak setanding 'Umar bin 'Abd al-'Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerana dialah yang membei laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu. Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan perlantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

7. YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina 'Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

"Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan olehAbu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di sunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku-dalam keadaan begini -  melantik pemerintah kamu seleapsku ini 'Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya 'Umar berlaku 'adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku ingin kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. "Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka" Wa al-Salam 'alaikum wa rahmatulLah". (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, beirut: Dar al-Fikr).

8. Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak. Padahal 'Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB  Tun menjawab di hadapan Allah tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini. Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

9. YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang benar-benar betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah. Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kausa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan untuk rakyat. Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

10. YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara Malaysia Tercinta ini. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan Allah dan murkaNya pada hari kita bertemu denganNya, kemudian tentukan calon, ataupun biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rakyat Marhaen.
Perkongsian dari Dr. MAZA
Penulisan Semula @ Jackie San


 

2019年10月2日水曜日

GURU DISEKSA JADI WARDEN SEKOLAH

WARDEN SEKOLAH BUKAN KERJA KAMI !







KUALA LUMPUR :
Presiden Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang mendakwa masih terdapat guru 'dipaksa rela' untuk menjadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua. Ini disifatkan kejam !

Katanya tindakan itu bukan sahaja menambah bebanan tugas hakiki seorang guru, skop kerja tambahan tersebut juga akan menjadi tanggungjawab seorang pendidik itu sudah dilihat tidak efisien lagi.

"Saya percaya tiada guru yang suka dan rela untuk menjadi warden sekolah. Kerja ini membebankan dan buang masa, kata beliau. Mereka ini 'dipaksa' untuk menjadi warden, manakala pengetua sewenangnya bersantai makan tidur di rumah. Guru sebagai pendidik ini 'dipaksa' untuk menjadi warden, hanya sesetengah pihak pengurusan sekolah yang membuat sistem penggiliran memandangkan ramai guru yang menolak untuk menjadi warden. Guru yang bujang dan menumpang di tinggal di sekolah menjadi mangsa sebagai warden.

"Berdasarkan situasi ini saya sarankan kepada kerajaan sekali lagi agar diwujudkan warden bukan dalam kalangan guru. Persatuan guru pernah mencadangkan agar diwujudkan warden sepenuh masa, tetapi cadangan itu ditolak oleh Kementerian Pendidikan yang tidak memandang serius perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aminuddin berkata apabila menyentuh soal sekolah berasrama penuh, warden memainkan peranan penting kerana seorang guru tersebut mempunyai dua tugasan yang perlu dilakukan sepanjang hari sehingga waktu malam dan mereka tetap juga bertugas pada penghujung minggu. Tiada masa untuk mereka meningkatkan kecergasan minda, tubuh badan dan selalunya prestasi mereka menurun pada hari Isnin.

Beliau berkata ianya amat jelas menunjukkan warden sangat terbeban dan risiko yang ditanggung itu membuktikan skop tugas mereka lebih mencabar dan ditambah dengan tanggungjawab hakiki di sekolah menyebabkan mereka tidak mampu menumpukan perhatian kepada tugas sebagai warden. Lebih baik mereka mengisi kekosongan sebagai warden berbanding menjawat jawatan guru!

 "Dalam hal ini bagi memastikan mereka ini dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, berintegriti kita amat mengharapkan agar kajian terperinci secara khusus oleh Kementerian Pendidikan yang nampaknya kurang melihat kehadapan bagi mengatasi permasalahan ini. Jangan tidur di kementerian," katanya.

Sementara itu Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata masalah buli masih berleluasa di sekolah, terutamanya di sekolah asrama penuh. Ini menampakkan pengetua kurang berperanan dan hanya tidur di rumah.

Jelasnya pentabir sekolah terutama pengetua masih tidak dapat mengawalnya dengan baik dan pihak sekolah asrama penuh disarankan mengkaji semula tugas pengetua, pihak pengurusan sekolah serta Prosedur Operasi Standard (SOP) masing-masing agar isu buli dalam kalangan pelajar dapat dibendung.  
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kes buli perlu diambil serius permasalahannya, ia bukannya perkara main ataupun remeh kerana perkara itu boleh memalukan pentadbiran/pengurusan sekolah. Perkara seperti ini tidak patut bertolak ansur ataupun diambil mudah, " jelasnya.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Media tempatan sebelum ini melaporkan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memutuskan tuntutan RM 616,634.20 kepada seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang menjadi mangsa buli, empat tahun lepas. Tindakan ibu bapa dan keluarga mangsa buli harus dipuji dan ianya adalah wajar sebagai suatu tindakan pengajaran kepada pihak pentadbiran sekolah serta pembuli (pelajar). Kita mesti tegas dalam hal ini sekiranya tidak dibendung pelajar Malaysia nampaknya semakin tidak waras dan menampakkan didikan kita ke arah negatif. Tegas beliau.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan lima pembuli yang juga bekas pelajar sekolah itu selaku defendan pertama hingga lima yang kini berusia 21 tahun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sulaiman Ngarif (defendan keenam); Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia (defendan kelapan) dan Kerajaan Malaysia (defendan kesembilan) membayar gantirugi dan tuntutan keluarga mangsa buli. Sewajarnya jutaan ringgit harus dibayar kepada mangsa. Ianya tidak wajar sebagai pendidik serta pentadbiran Kementerian serta sekolah mempersendakan undang-undang negara serta institusi pendidikan yang sekarang semakin hari semakin dipandang negatif. Mereka harus dipecat jika gagal membayar tuntutan itu. - Bernama


@ Jackie San

THE LATEST TOP 10 BEST TENNIS SHOES

Tennis is a sport which is about control and also performance. The correct footwear in a sport like tennis will not just mean looking the part, but even more, tennis shoes have the function of protecting you from injury and allowing yo to perform at your maximum. With a lower profile than most athletic shoes, the soles on tennis footwear are made to provide good traction on outside courts. A good pair of best tennis shoes will provide you with enough cushioning and shock absorption so that you don't feel any discomfort or pain in the feet or joints, and they will be durable both in the upper as well as on the sole area. 

Beneficial is, when you competing, you need an edge and having the best tennis shoes to enable you to get around the court effortlessly. Here take a look at some of the coolest tennis shoes out there and give you some insight as to how and why they will give you the winning edge when taking on your opponents. When considering which pair of sports shoes to buy, you should consider their weight, the type of material they are made from, the traction they will afford you, and of course the style of shoe that suits your play.

Whether you are playing tennis, running or enjoying a spot of golf your shoes should be suitable. You must know, different courts demand different types of grip to enable you to play at your best. Using grass court shoes on clay is not going to give enable you to be competitive, so you need to select the tennis shoe that will help you lift your game.

In a Hurry ? 
The test winner after My research ...."Lightweight Men's Tennis Shoes"

1 - ADIDAS ADIZERO DEFIANT BOUNCE 2 GREY/GREY MEN'S SHOE
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Redefine your tennis shoes in this stylish yet supportive option ideal to wear on the court, in the gym and everywhere in between.

2 - ADIDAS ADIZERO UBERSONIC 2 BLACK/GLOW GREEN MEN'S SHOES

Back by popular demand, adidas reintroduces the Ubersonic 2! These high performance lightweight shoes offer a Primeknit bootie construction for sublime comfort and dynamic support. The Ubersonic 2 offers a slightly more snug, and glove-like fit in comparison to the Ubersonic 3.

3 - ADIDAS ADIZERO UBERSONIC 3 Bk/YELLOW MEN'S SHOES
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

If you felt quick in the previous model, just wait and see how fast you can move in these! This forward-thinking update features an avant garde design, while still providing the essential materials required for high-end movement.

4 - ADIDAS ADIZERO UBERSONIC 3 BLACK/WHITE MEN'S SHOE
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Size Only!
If yo felt quick in the previous model, just wait and see how fast you can move in these! This forward-thinking update features an avant garde design, while still providing the essential materials required for high-end movement.

5 - ADIDAS ADIZERO UBERSONIC 3 CITIFIED MEN'S SHOE

If you felt quick in the previous model, just wait and see how fast you can move in these! This forward-thinking update features an avant garde design, while still providing the essential materials required for high-end movement. Check out this special edition version, which features a bungee lace closure and city-inspired look.

6 - ADIDAS ADIZERO UBERSONIC 3 PARLEY WHITE/BLUE MEN'S SHOE
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

If you felt quick in the previous model, just wait and see how fast you can move in these! This forward-thinking update features an avant garde design, while still providing the essential materials required for high-end movement. As part of the Parley collection, this shoe features recycled materials pulled from our oceans.

7 - ASICS SOLUTION SPEED FF BLACK/BLUE/YELLOW MEN'S SHOES
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

This revolutionary shoe marries lightweight responsiveness and premium stability, ideal for the aggressive mover who wants the best of both worlds.

8 - ASICS SOLUTION SPEED FF CLAY WH/SILVER MEN'S SHOES
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

This revolutionary shoe marries lightweight responsiveness and premium stability, ideal for the aggressive mover who wants the best of both worlds. The rubber outsole in a full herringbone tread pattern will grip any court surface well, but is especially suited for Clay Courts.

9 - ASICS SOLUTION SPEED FF KOI/WHITE MEN'S SHOES
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Featuring a color scheme inspired by the Japanese koi fish, this revolutionary shoe marries lightweight responsiveness and premium stability, ideal for the aggressive mover who wants the best of both worlds.

10 - BABOLAT JET MACH I BLUE/FLUO AERO MEN'S SHOES
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

This is a premium choice for aggressive movers who prioritize responsive comfort in their game, and is suitable for use on any court surface. 

@ Jackie San


2019年10月1日火曜日

KEMATIAN MODEL THAI DIKAITKAN MANGSA SEKS

CETUS KEMARAHAN !


BANGKOK :
Pihak polis Thailand yang menyiasat mengenai kematian mengejut seorang model sedang memburu lebih ramai suspek lagi dalam satu kes yang telah mengejutkan negara dan telah mencetuskan kemarahan luar biasa mengenai layanan terhadap wanita dalam satu sekstor bagi industri hiburan yang kurang difahami dunia. 

Mayat model upahan Thitima Noraphanpiphat telah ditemui keadaan separuh bogel di lobi sebuah blok pangsapuri Bangkok pada 17 September, beberapa jam selepas beliau menghadiri sebuah parti di mana beliau telah dibayar untuk menghidangkan minuman keras serta khidmat seks.

Pihak polis sedang berusaha untuk mengemukakan dakwaan terhadap sesiapa yang terlibat dengan 'skandal' yang telah membawa kepada kematian wanita berusia 25 tahun itu, jurucakap Krissana Pattanacharoen memberitahu AFP pada lewat Sabtu lepas.

Kes tersebut menjadi berita muka depan di Thailand serta mencetuskan spekulasi di dalam media sosial mengenai apa  yang berlaku di Thailand terutamanya terhadap Thitima, yang mempunyai hampir 100,000 orang pengikut di Instagram di mana ramai telah menghantar kenyataan 'RIP' pada gambar-gambar beliau.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Industri dikenali sebagai 'cantik (pretty)' di Thailand mengupah model-model lelaki dan wanita berkenaan dengan promosi bagi menghadiri mana-mana kelab, melancarkan produk, pertunjukan kereta serta perkhidmatan seks.

Namun pengkritik menyatakan ia wujud dalam sebuah kawasan kelabu yang sah dari segi undang-undang Kerajaan Thailand di mana wanita dan lelaki semasa parti-parti VIP boleh dipaksa terlibat dengan dadah, alkohol dan seks.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Model-model boleh memperolehi kira-kira USD 100 dan lebih semalam bagi tugasan mereka (jumlah terbaik untuk pelajar kolej).

Pihak polis telah mendakwa tujuh orang yang dikaitkan dengan parti selepas rakaman CCTV ditularkan menunjukkan suspek utama mengheret mayat Thitima ke dalam sebuh lif sebelum membuangnya separuh bogel ke atas sebuah sofa di lori apartment.

Siasatan sedang diperluaskan ketika pihak berkuasa berharap kes akan bertindak sebagai satu amaran kepada rakyat Thailand.

"Kami telah membuka siasatan terhadap semua individu yang terlibat dalam skandal wanita ini, termasuk pihak agensi, pengurus, rakan seks, juru gambar, keluarga dan pelanggan seks beliau yang turut menyertai parti ini"

"Ia hanya akan menunjukkan bahawa sekiranya anda bertindak melangkaui batas maka ini adalah pembalasan yang akan kamu terima kelak", kata pihak berkuasa Thailand.

Beliau menyatakan pihak berkuasa tidak mengeluarkan satu punca kematian rasmi namun 'pengambilan dadah dan alkohol pada kadar yang maksimum' telah dikesan di dalam badan si mati.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Lelakii dipercayai berada dalam rakaman CCTV turut bertugas dalam industri hiburan dan telah dikenalpasti sebagai model Rachadej Wongtabutr yang berupa skandal seks beliau.

Dia didakwa pada minggu ini dengan penahanan secara haram membawa kepada kematian selepas dia dikatakan membawa Thitima pulang ke kondominiumnya dari parti dan meninggalkan beliau (si mati) berkeadaan yang dicurigai di atas sofa lobi kondominum berkenaan.

Pihak berkuasa menyatakan dia merogol dan beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan berat.

Enam orang lagi telah dibebaskan dengan ikat jamin selepas satu aduan berasingan daripada seorang wanita lain diupah untuk parti yang menyatakan beliau telah pengsan dan terjaga dalam keadaan pakainnya telah dibuka dan disifatkan telah diperkosa oleh tujuh (7) orang itu. - AFP

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



@ Jackie San

Featured post

TWO PET PYTHONS ESCAPE FROM APARTMENT IN KAWASAKI - KAWASAKI TOKYO JAPAN

TWO PET PYTHONS ESCAPE FROM APARTMENT IN KAWASAKI - KAWASAKI TOKYO JAPAN  @Jr_Paku Midin Channel KAWASAKI Two pythons kept as pets in an apa...